2 Oktober 2010

NASIB MASJID BABRI



LUCKNOW: Sebuah mahkamah di sini semalam memutuskan tapak Masjid Babri yang mencetuskan sengketa agama antara umat Islam dengan penganut Hindu di seluruh India beberapa tahun lalu perlu dibahagi antara kedua-dua kumpulan itu.
Bagaimanapun, kedua-dua kumpulan berkenaan berkata, mereka akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan itu di Mahkamah Agung.
Mahkamah Tinggi Allahabad dalam keputusannya berkata, kawasan seluas 64 ekar itu perlu dibahagian dengan masyarakat Islam menguasai sepertiga daripadanya sementara dua kumpulan Hindu berkongsi dua pertiga lagi kawasan itu, kata seorang peguam yang mewakili kumpulan Hindu, Ravi Shankar Prasad.

Tiga hakim yang membuat keputusan itu membenarkan masyarakat Hindu mengekalkan satu kawasan yang kini menempatkan sebuah kuil kecil sementara.

“Majoriti hakim memutuskan kuil sementara itu adalah tempat lahirnya Rama dan ia tidak boleh dipindahkan,” kata Prasad.

Mahkamah turut memutuskan status kawasan itu ketika ini perlu diteruskan selama tiga bulan lagi bagi membolehkan tanah itu diukur dan dibahagikan.

Keputusan mengiktiraf kawasan berkenaan sebagai tempat kelahiran Rama menggmbirakan masyarakat Hindu tetapi mereka akan mengemukakan rayuan di Mahkamah Agung kerana membantah keputusan memberikan sebaagian kawasan itu kepada umat Islam.

“Mahkamah menghormati kepercayaan Hindu tetapi kami akan berusaha mendapatkan bahagian yang diberikan kepada umat Islam,” kata seorang pemimpin kumpulan Hindu, Nritya Gopaldas Maharaj.

Dalam pada itu, peguam Jawatankuasa Tindakan masjid Babri, Zafaryab Jilani juga berkata, beliau akan mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Agung berhubung keputusan berkenaan.

“Mahkamah menerima hakikat bahawa memang wujud sebuah masjid di kawasan itu tetapi kami tidak akan menerima formula satu pertiga itu,” katanya kepada wartawan. - Reuters


Kita berharap sangat peristiwa ini tidak akan berlaku di negara kita .Walau bagaimanpun pihak -pihak berwajib perlulah mengawal dan mengambil tindakan segera keatas isu-isu yang menyentuh sensitiviti agama . Hari ini telah banyak contoh kita lihat  dan kalau ini terus dibiarkan Peristiwa Masjid Babri ini mungkin berlaku, mungkin lebih dari itu... renung dan fikirkanlah...........

Tiada ulasan:

Catat Ulasan