Jawi tulisan nombor dua di dunia - Angkasa
TEMERLOH 5 Mei - Pelajar beragama Islam perlu menguasai tulisan jawi kerana ia merupakan tulisan nombor dua berpengaruh di dunia selepas rumi selain membantu mereka memahami al-Quran.
Timbalan Yang Dipertua Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (Angkasa), Datuk Fatah Abdullah berkata, langkah Kumpulan Utusan menerbitkan sisipan akhbar tulisan jawi dalam akhbar Utusan Malaysia perlu disokong bagi memastikan ia terus relevan dengan perkembangan semasa.
Sehubungan itu tegas beliau, tiada sebab jawi dikorbankan apabila rumi menjadi tulisan rasmi negara.
''Selain digunakan dalam al-Quran, kita patut berbangga kerana tulisan jawi diiktiraf di peringkat antarabangsa dan pernah menjadi tulisan perdagangan pada zaman Kesultanan Melayu Melaka.
''Ketika itu pedagang Eropah dan China turut menggunakan tulisan jawi semasa menjalani urusan perdagangan dengan orang Melayu Melaka, India dan juga negara-negara dari benua Afrika dan Semenanjung Arab," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis taklimat program Koperasi Sekolah 2010 di sini hari ini.
Terfikir aku kemanakah arahnya bahasa aku ini , masa depan yang semakin kelabu. Aku bersyukur walaupun tempat lahir aku tiada sekolah ugama seperti di Johor. Aku masih boleh membaca jawi dan menulis pada tahap 90%. Ucapan terimakasih yang tak terhingga pada arwah ustaz sekolah rendah aku, arwah datuk dan nenek, ibu dan arwah Pak Wa aku ( Ustaz Mohd Haris) yang bersungguh mendidik dan mengajar aku membaca dan menulis jawi serta mengaji Al-Quran lewat tahun 70an( di sekolah dan dikelas fardzu ain di surau kampung). Bersyukur aku semua anak-anak aku boleh menulis dan membaca jawi dengan baik.
Apabila jawi dipinggirkan , natijahnya secara tak langsung menjauhkan kita dari Al-Quran. Halusnya perancangan MEREKA sedikit demi sedikit menjauhkan kita dari tulisan-tulisan, kitab-kitab dan tafsir-tafsir yang semuanya ditulis dalam jawi. Nama-nama ulama pun semakin dilupa .Kita pun dihidangkan bahan, tulisan dan berbagai bentuk media yang semakin meninggalkan jauh jawi. Dalam hal ini siapakah yang patut dipersalahkan? Kita juga patut berusaha memartabatkan kembali jawi...tak perlu tunggu orang buat untuk kita.....
Cantik Jawi tulisan tangan :D
BalasPadamSuka tengok... walaupun tak baca apa yang ditulis :)
Lagi cantik daripada Jawi tulisan komputer :)