27 Oktober 2010

THE COLLECTOR 5 - MAJALAH KOMIK MURNI




Kali ini The Collector ingin berkongsi sekali lagi tentang majalah komik, MURNI. Majalah komik MURNI diterbitkankan oleh Creative Enterprise pada tahun 70an. The Collector mempunyai tiga edisi iaitu April 77, Mei 77 dan Jun 77. Ketiga-tiga edisi ini masih baik dan untuk cetakan warnanya masih  cantik lagi. Majalah komik MURNI ini diterajui oleh Mishar atau nama sebenarnya Mior Shariman Mior Hassan sebagai Pengarah Urusan. Beliau juga merupakan abang kepada penyanyi Sohaimi Mior Hassan( kini popular dengan lagu 'kalau berpacaran' bersama Ana Rafali.).


Majalah komik MURNI ini didukung oleh pelukis-pelukis komik tersohor seperti Azman Yusof, Zainal Buang Husien, Jaafar Taib , Rejab Had(Allahyarham) Nan dan ramai lagi. Ia juga disertai juga oleh penulis-penulis hebat seperti Ajikik, Nora  Sutung Umar RS dan Mishar sendiri. Adunan cerita komiknya menarik sekali dengan 'stroke' pelukisnya yang melangkaui zaman. Misalnya Jaafar Taib yang terkenal dengan lukisan alamnya dan Azman Yusuf dengan air brushnya..Harga majalah komik ini cuma RM0.50 pada masa itu.


3 ulasan:

  1. Terima kasih kerana info yang menarik ini. Saya hanya mengenali Suhaimi Meor Hassan sbg seorg penyanyi dan tidak terlintas di fikiran yg beliau punya abang yg terlibat dlm penulisan komik.

    BalasPadam
  2. Boleh tahan juga keseksian komik dolu dolu ni, ek?

    BalasPadam
  3. saya masih ingat... komik murni keluaran pertama...ada gambar saya dlm ruangan kenalan... boleh tak siarkan ruangan kenalan tu? saya dah tk ingat apa nama ruangan itu... ada gambar2 pembaca komik dan alamat skali...

    BalasPadam