25 September 2010

TIKUS RAHMAT

Sebuah novel yang ditulis dalam gaya ' beast feable' iaitu yang menggunakan binatang sebagai wataknya seperti dalam kesusasteraan Barat. Karya barat yang popular yang ditulis sebegini rupa ialah Animal Farm karya George Orwell. Tikus Rahmat merupakan salah satu karya Datuk Hassan Ibrahim yang popular sekitar awal tahun enam puluhan. Ia adalah sebuah novel satira yang sinikal berlatar belakangkan  sosial, ekonomi dan politik awal kemerdekaan. Ia menceritakan tentang golongan manusia yang mementingkan diri sendiri dan golongan yang pengikut yang membuta tuli dan akihirnya merugikan sesama kita.Sehingga kini masih lagi  terdapat  golongan yang sebegini rupa.
Buku ini diterbitkan pada tahun 1963, enam tahun sebelum berlakunya Peristiwa 13 Mei.Novel ini agak terkehadapan dan seolah-olah Peristiwa 13 Mei yang berlaku  dapat ditelah terlebih dahulu. Kritik sosialnya  amat tajam digarapkan dalam novel ini. Novel yang sangat berjaya pada pandangan peribadi aku dalam perkembangan sejarah sastera baru. Telah diulang cetak pada tahun 1975,1990 dan 2001. Novel ini adalah salah satu novel pilihan The Collector. Kepada yang belum membacanya,  dapatkan , baca dan nilaikannya. Apakah...ianya masih berlaku lagi sekarang...

3 ulasan:

  1. Atuk Saya!!!!! Ibu Saya Bernama Norbaini Binti Hassan

    BalasPadam
    Balasan
    1. sangat berbesar hati dapat komen dari cucu pengarang,,,,,,,,,,,,,,,,,

      Padam
  2. Boleh tak bagi e-mail address anda dekat saya. saya sangat berminat untuk menjadikan novel ni sebagai sumber primer bagi bahan pbs untuk stpm. jika boleh say ingin menemu bual anda mengenai datuk anda.

    BalasPadam