29 Oktober 2010

THE COLLECTOR 6- LENCANA PARTI NEGARA 1954



Parti Negara. Sebuah parti yang telah diasaskan oleh Almarhum Dato' Onn Jaafar  pada Februari 1954. Beliau merupakan pengasas UMNO dan juga merupakan presiden yang pertama.. Parti ini berasaskan pelbagai kaum tetapi tidak mendapat sokongan pada masa itu. Memenangi 1 kerusi parlimen pada tahun 1959 di Terengganu oleh Dato' Onn sendiri. Akhirnya parti ini berkubur pada tahun 1962 berikutan kematian Dato' Onn.


Lencana Parti Negara ini, The Collector perolehi dari allahyarham datuk, Salleh bin Haji Khamis( Al-Fatihah). Beliau merupakan salah seorang penyokong Parti Negara di Perlis.Berikutan dengan kematian Dato' Onn dan berkuburnya Parti Negara, beliau terus menyertai Pas hingga ke akhir hayatnya(1985) Inilah salah satu koleksi The Collector yang paling berharga.

27 Oktober 2010

THE COLLECTOR 5 - MAJALAH KOMIK MURNI




Kali ini The Collector ingin berkongsi sekali lagi tentang majalah komik, MURNI. Majalah komik MURNI diterbitkankan oleh Creative Enterprise pada tahun 70an. The Collector mempunyai tiga edisi iaitu April 77, Mei 77 dan Jun 77. Ketiga-tiga edisi ini masih baik dan untuk cetakan warnanya masih  cantik lagi. Majalah komik MURNI ini diterajui oleh Mishar atau nama sebenarnya Mior Shariman Mior Hassan sebagai Pengarah Urusan. Beliau juga merupakan abang kepada penyanyi Sohaimi Mior Hassan( kini popular dengan lagu 'kalau berpacaran' bersama Ana Rafali.).


Majalah komik MURNI ini didukung oleh pelukis-pelukis komik tersohor seperti Azman Yusof, Zainal Buang Husien, Jaafar Taib , Rejab Had(Allahyarham) Nan dan ramai lagi. Ia juga disertai juga oleh penulis-penulis hebat seperti Ajikik, Nora  Sutung Umar RS dan Mishar sendiri. Adunan cerita komiknya menarik sekali dengan 'stroke' pelukisnya yang melangkaui zaman. Misalnya Jaafar Taib yang terkenal dengan lukisan alamnya dan Azman Yusuf dengan air brushnya..Harga majalah komik ini cuma RM0.50 pada masa itu.


24 Oktober 2010

THE COLLECTOR - THE BEGINNER




Pepatah inggeris megatakan “All work and no play makes Jack a dull boy." -- Don't be Jack, get a hobby!.  Setiap dari kita mempunyai minat yang tertentu , tidak sama antara satu sama lain. Inilah yang dikatakan hobi. Hobi boleh mengelakkan kita menjadi ‘dull boy’ dan ia juga boleh meningkatkan kepuasan kendiri kita. Apabila kepuasan kendiri kita tercapai, ia boleh menjadi stimulus kepada kerja-kerja yang lain.

Koleksi FDC

Memperluaskan ruang lingkup hobi dan minat  juga membolehkan kita menemui perkara baru mengenainya. Bila kita dah minat, kita akan buat apa saja untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenainya dan sanggup berbelanja lebih.
koleksi FDC

Lain padang, lain belalang ; lain orang lain hobinya.
The Collector mempunyai beberapa hobi, diantaranya ialah Sampul Surat Hari Pertama @ FDC(agak serius). Sampul Surat Hari Pertama merupakan sampul yang dikeluarkan pada hari yang sama setem peringatan dikeluarkan. Cop rasmi (tanda pos) hari pertama adalah berbeza dengan cop pembatalan biasa yang digunakan di pejabat pos pada hari-hari biasa. 
Koleksi FDC


The Collector memulakan hobi ini secara serius pada awal tahun 90an(mula bekerja dan ada gaji sendiri). Hingga kini The Collector mempunyai hampir 200 koleksi FDC. Disamping itu juga The Collector mempunyai koleksi Folder, Lembaran mini, Pek Cenderamata dan setem.


Diantara koleksi Folder



Foder Khas Edisi Yang Dipertuan Agong.


THE COLLECTOR 4

Dua FDC ini aku dapat di pejabat pos Kangar. Aku tak ingat bila  tapi rasanya pada pertengahan 90an. Pada masa itu  Pejabat Pos Kangar mempunyai kedai pos.

1. FDC Carolina Charter
    Ulangtahun 300 tahun Carolina Utara 1663-1963. Dikeluarkan pada 6 April 1963



2. FDC Kingdom Of Jordan
Memperingati ulang tahun ke 50  'Hashemite Kingdom of Jordan. Dikeluarkan oleh Pejabat Pos Pakistan    pada 25 Disember 1971.

22 Oktober 2010

CIKGU TOLONG.......MACAM MANA NI NAK KENAL PEMBOLEH UBAH



Salam sejahtera cikgu ucapkan kepada semua. Peperiksaan SPM makin hampir, begitu juga dengan peperiksaan akhir tahun. Ada sesetengah sekolah di daerah atau negeri telah pun memeulakan peperiksaan akhir tahun. Di sini cikgu ingin berkongsi sedikit tips bagaimana untuk menjawab soalan kertas 2 Bahagian A. Dalam ' part 1 '  cikgu menerangkan bagaimana mengenalpasti pembolehubah yang terdapat pada soalan. Ingat jawapan dalam bahagian A ini 50% terdapat pada soalan itu sendiri. Untuk itu, sila klik pautan dibawah.

Teknik menjawab bhg A kertas 2 Sains Teras.pdf
 Cikgu ucapkan selamat menghadapi peperiksaan dan selamat berjaya.

20 Oktober 2010

CIKGU KENAPA TAK BOLEH JAWAB SOALAN SAINS TERAS NI...TAK BOLEH SCORE...?......

“Cikgu kenapa tak boleh jawab soalan sains ni…, kenapa tak boleh score…..saya dah baca buku teks , dah baca buku rujukan dah hafal semua formula masih lagi tak boleh jawab, terutama kertas2. Macam ni susahle saya”. “Betulke awak dah baca  semua?. Kan ada versi Bahasa Melayu kan..kalau kurang mahir dalam Bahasa Inggeris”. 

Inilah perbualan biasa dengan pelajar. Setiap kali selepas peperiksaan samada pertengahan tahun, akhir tahun atau percubaan. Saban tahun cikgu menghadapi situasi begini. Sebenarnya ada beberapa faktor mengapa pelajar tidak dapat menjawab soalan Sains Teras terutamanya kertas 2. Faktor-faktor tersebut sering diperkatakan oleh penceramah motivasi seperti teknik belajar, pemakanan, tidur yang tak cukup, hubungan dengan ibubapa, guru dan Allah S.W.T.



Disini cikgu ingin nyatakan 2 (berkaitan dengan Sains Teras) faktor mengapa pelajar tidak dapat menjawab soalan Sains Teras dengan baik.
Kita ambil contoh pelajar yang ingin mengambil ujian memandu samada motosikal atau kereta . Bolehkah kita belajar memandu dan pakir dengan hanya membaca manualnya sahaja. Bayangkan anda membaca  dan menghafal  manual pemanduan kereta selama sebulan dan selapas itu pergi mengambil ujian tanpa berlatih memandu. Silap haribulan kita boleh menyebabkan kematian kepada penguji maupun kita sendiri. Ini sama juga dengan ahli-ahli sukan , pertandingan tanpa latihan(hanya membaca syarat dan manual pertandingan)tidak akan memberi makna apa-apa.

Perkara pokoknya ialah latihan. Pelajar seharusnya membuat latihan  terutamanya soalan-soalan tahun lepas. Boleh mengikut bab demi bab (topical) . Biasakan menjawab soalan-soalan tahun lepas  kerana bentuk soalan SPM  sama setiap tahun. Kadang-kadang terdapat juga soalan yang diulang semula tetapi telah diubah suai.
Latihan ini pula mestilah disertai dengan tunjuk ajar dari guru. Ingat belajar tanpa guru boleh membawa kita menjadi sesat. Seringlah bertanya dengan guru tentang teknik  menjawab yang betul, mudah cepat dan tepat. Carilah guru yang berpengalaman terutamanya yang biasa menanda kertas SPM atau menggubal soalan. 

Seterusnya. jangan malas membaca soalan. Cikgu dapati ramai pelajar yang malas membaca soalan terutamanya apabila soalan itu terlalu panjang. Pelajar meninggalkan begitu sahaja soalan tersebut dan akhirnya mereka ‘tembak’ . Ini sering berlaku pada kertas 1.  Bagi soalan kertas 2 , terdapat pelajar tidak membaca soalan utama. Pelajar terus sahaja menjawab soalan bahagian-bahagian kecil . Kebanyakkan maklumat terdapat dalam soalan utama.Bagi bahagian A(kertas 2) lebih 50% jawapan terdapat pada maklumat yang disertakan dalam soalan utama. Jangan terlalu gopoh. Baca soalan dengan teliti . Fahamilah kehendak soalan.


Inilah diantara punca-punca yang cikgu dapat kesan mengapa pelajar tidak dapat menjawab soalan sains dengan baik walaupun sudah belajar(membaca buku), menghafal dan sebagainya.
Dikesempatan ini cikgu ingin mengucapkan selamat berjaya kepada calon-calon SPM. Banyakkan berdoa. Ingatlah belajar kerana Allah dan Rasul. Insyaallah  kita akan berjaya.

18 Oktober 2010

MARI MAIN KUTU.......

Kutu ?...............bukan kutu kepala tapi sejenis program simpan duit mengikut giliran.....kadang- kadang...bukan duit, boleh juga periuk nasi, alat elektrik dan macam-macam lagi. Dalam program ini tiada surat perjanjian peguam atau sebagainya, hanya janji ikhlas dan amanah sahaja diperlukan. The Collecter menulis artikel ini kerana kawan The Collector bertanya " amacam tahun depan main lagi tak kutu,...nak upgrade lagi ke....".The Collector senyum sahaja...." main kutu haram" jawab The Collector......" Hoi mana belajar ni main kutu haram,   mana ada ambik untung pun, riba pun tak ada. Kita tolong-menolong kawan-kawan" tingkah kawan The Collector." Engkau tak tahu ke,?, undang-undang Malaysia la....dah lama isu ni... " sambut The collector.


Mengikut Pengarah Kanan Penguatkuasaan, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Muhd. Redzuan Abdullah berkata, kegiatan itu dilarang mengikut Akta (Larangan) Kumpulan Wang Kutu 1971.
“Pelaburan itu sama sekali tidak dibenarkan memandangkan ia menimbulkan kekhuatiran berlaku penyelewengan yang akan merugikan pelaburnya.

“Skim kutu diharamkan. Jika sabit kesalahan individu terbabit bakal berhadapan dengan hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya sekali mengikut Seksyen 3 akta yang sama,”  

The Collector masih ingat lagi, emak bermain kutu sejak tahun 70an lagi  dan sekarang  masih lagi bermain kutu. Katanya dah  'up grade'. Tak pernah ada masalahpun dan prinsip yang dipegang ialah amanah dan kerana Allah.  .Maknanya  penganjur yang ada kat kampung tu boleh dikenakan tindakan undang-undang yang sama, walaupun kutipannya  mungkin RM 30 sebulan..... masuk penjara le makcik- makcik kat sana  tu......

The Collector tak nak masuk penjara.....dek kerana main kutu..tak berbaloi..kita kena patuh pada undang-undang negara...  tapi   ambil duit faedah bank....boleh....Sambil berbisik kawan The Collector mengajak meneruskan  main kutu tahun hadapan..." Road Tax kereta mati bulan Februari 2011" katanya.The Collector hanya tersenyum..tanpa menyahut.

MAJLIS PERPISAHAN TUAN HAJI MUIN BIN ABDUL GPK KOKURIKULUM


Pada hari Jumaat 8.10. 2010 telah berlansung majlis perpisahan Tuan Haji Muin bin Abdul GPK KoKurikulum SMK. Buloh Kasap. Beliau telah dinaikkan pangkat sebagai Guru Penolong Kanan SMK Ahmad Arshad, Batu Anam. Beliau telah berkhidmat di SMK Buloh Kasap selama 10 tahun bermula 1.4.2000. Sebelum ini beliau bertugas di SMK Tinggi Segamat. Beliau berpindah ke SMK Buloh Kasap sebagai guru biasa kemudian dilantik sebagai GKMP Bahasa dan seterusnya dilantik sebagai GPK KoKurikulum.Sepanjang beliau menjadi GPK Ko Kurikulum banyak kejayaan telah dicapai dan diantaranya telah menempa nama diperingkat kebangsaan. Beliau akan mula berkhidmat sebagai Guru Penolong Kanan pada 16.9. 2010. Tahniah diucapkan kepada Tuan Haji Muin bin Abdul dan selamat maju jaya.
ucapan terakhir




Puan Noraini Ahmad

En. Lim Tou Suan

Ustaz Kairul Azman

Pengerusi bililk guru(En. Zahrul)

En Khider Guru Penolong Kanan

Tuan Pengetua ( Miss Lee Geok Eng)

Penghargaan..



Selamat Tinggal SMKBK

15 Oktober 2010

MEE KARI -THE COLLECTOR STYLE

MEE KARI-THE COLLECTOR STYLE







Bahan-bahan (untuk kuah)
1. 1 kg ikan kembung (digoreng dan diambil isinya)
2. 1 bungkus(kecil) rempah kari ikan ( apa jenama pun boleh)
3. rempah tumis  ( bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga , daun kari)
4. 4 ulas bawang merah dan 4 ulas bawang putih ( ditumbuk).
5. 4 ketul tauhu ...dipotong dua dan digoreng
6. Santan ( anggaran  1 biji kelapa.
7. lada boh 2 sudu

BAHAN-BAHAN HISAN
1. telur rebus
2. sawi dicelur
3.lada potong
4. daun sup/bawang
5.bawang goreng
6. limau nipis
7. taugeh dicelur
8. sesedap rasa...boleh ditambah mengikut cita rasa...

CARA MEMBUATNYA
1. panaskan minyak(  3 sudu besar memadai)
2. tumiskan bahan 3 dan 4 hingga kuning
3. masukkan serbuk kari, lada boh dan sedikit  santan  dan kacau sehingga agak garing.
4. tambahkan isi ikan diikuti dengan santan.
5. masukkan tauhu goreng.
6. tambahkan garam mengikut rasa
7. kepekatan kuah adalah bergantung kepada cita rasa...lagi pekat lagi bagus.....

dah boleh di hidangkan........Selamat mencuba..

7 Oktober 2010

JERUK MAMAN


Menyusuri jalan dari Kajang ke Segamat , melalui jalan kampung Negri Sembilan.....melewati Astana Raja...banyak hasil jualan kampung seperti daging salai, ikan keli salai  dan sayur maman. Maman ialah sayur  atau tumbuhan yang semakin asing pada generasi sekarang. Bukan kanak-kanak, remaja malah ada juga dikalangan dewasa tidak mengenali maman. Untuk kali ini The Collector menulis satu resepi yang menggunakan maman, Jeruk Maman.


Bahan-bahan
1.Sayur maman  1kg
2. Garam
3. 3 sudu besar nasi putih

Cara penyediaan
1. Maman dibersihkan dan dipetik daunnya(yang muda dan lembut)  termasuk batang yang lembut.
2. 3 sudu besar nasi putih dilecek dan dilarutkan dengan air suam . Tapiskan
3. Masukkan daun maman dan air nasi  kedalam bekas bertutup. Pastikan paras air nasi melebihi daun maman.
4. Tambah garam mengikut rasa.
5. Simpan selama 3 hari dan boleh dihidangkan bersama nasi panas dan ikan bakar.

SELAMAT MENCUBA
POKOK MAMAN

Pokok Maman atau nama sainsnya Cleome gynandra adalah sejenis sayuran yang dikatakan banyak ditanam di Terengganu dan Negeri Sembilan. Menurut pengusaha ulam-ulaman yang saya ketemui, maman juga banyak ditanam di Perak secara komersil bagi pembuatan jeruk. Sesetengah orang juga memasaknya seperti sayur biasa. Dari segi perubatan ,   biji yang direbus boleh dijadikan ubatan luaran bagi merawat buasir dan reumatisme. Air rebusan tersebut, boleh diminum bagi merawat gonorea dan cirit-birit (berlendir atau berdarah). Ekstrak biji pokok mamanpula  boleh dijadikan racun serangga.
Daun maman yang dihancur dan disapu atau digosok, diletakkan pada bahagian belakang pinggang boleh menghilangkan rasa sakitnya. Selain itu, ia boleh digosok pada kulit yang gatal-gatal, pada reumatisme dan pada kepala (bagi menghilang sakit kepala). Sekirannya daun ini direbus, ia boleh diminum bagi melawaskan penghadaman, bagi melincinkan kahak, dan juga penawar bagi penyakit hati dan hempedu.
Akar pokok maman dapat membangkitkan dan memelihara kulit yang kekurangan vitamin C. Akar pokok maman perlu direbus dan dijadikan minuman.

Cara terbaru menyebar kuman HIV

Oleh:Dr Yasmin Anum Mohd Yusof

Berikut adalah artikel yang perlu diambil perhatian sekiranya anda belum membacanya… Sila baca artikel berikut mengenai orang yang HIV positif seronok menyebarkan virus HIV. Ianya pernah ke udara di dalam Televisyen Thai di mana pesakit HIV ditangkap & didakwa,tapi apa gunanya, beliau telah merosakkan ramai orang awam yang tak berdosa.

Jadi sila berhati-hati… Beberapa tempat berbahaya dan kebarangkalian menemui jarum penyuntik yang telah digunakan penagih
1. Di kawasan pantai. Apabila anda berjalan di pantai sila pakai
selipar atau kasut, ada penagih dadah yang melakukan aktiviti di tepi
pantai danmenimbus jarum penyuntik di dalam pasir. Penyuntik ini
kemudiannya terdedah akibat ombak.
2. Di kawasan permainan kanak-kanak. Satu lagi kawasan pilihan
penagih.Terdapat kes di Australia di mana kanak-kanak yg tak berdosa telah
tercucuk jarum penyuntik apabila beliau turun daripada papan lunsur &
kemudiannya didapati HIV positif.

3. Di panggung wayang. Sila pastikan kerusi yg anda duduki. Kes yang
terjadi apabila seorang perempuan duduk di kerusi beliau dan terasa
sesuatu benda mencucuk. Beliau berdiri dan mendapati ada penyuntik dan
nota berbunyi “Welcome to the real world, you are now HIV positive’ .
Doktor telah memeriksa jarum tersebut & mengesahkan ianya terdapat
virus HIV. Ianya berlaku di Hawai jadi berhati-hati… .
4. Di Georgia & Florida, ada kes menunjukkan pesakit HIV meletakkan
penyuntik di dalam tempat mengembalikan syiling, mesin air minuman…
jadi pastikan bila anda membeli air atau kandi, perhatikan betul-betul
tempat mengembalikan wang syiling… .mungkin terdapat jarum penyuntik di
dalamnya.
5. Di restoran Burger King, pesakit HIV yang juga pekerjanya
meletakkan sedikit darah di dalam burger & mencampurkan dengan mayonis
dan salad. Ianya seperti sos. Jadi cuba jangan pesan burger dengan
mayonis & sos Order di tempat lain. Ini adalah nyawa anda. Sila
‘foward’ maklumat ini sebanyak mungkin kepada orang lain, especially
orang yang anda cintai, anak anda
dan sesiapa saja…

5 Oktober 2010

BERTUDUNG TAPI........

Bertudung tapi Bertelanjang


Pakai tudung tapi bertelanjang
Itulah gaya orang sekarang
Mana tidaknya, ukuran body semua terang-terang
Yang mana kendur yang mana tegang

Baju nipis nampak bayang
Peha gebu saja ditayang
Lebih baik tak pakai baju senang
Dah tentu boleh tunjuk terang-terang

Baju ketat seluar sendat
Pakai tudung just ikat-ikat
Dari mula memang bukan adat
Disudut agama pun gaya tak berkat

Tudung jarang baju nipis
Pakai sikit boleh nampak 'garis'
Mata orang terbeliak, kita membengis
Bila kena kutuk, kenapa menangis

Lengan pendek blaus gantung
Jeans ketat melekat dipunggung
Jadi orang Islam ni sebenarnya beruntung
Agama tak suruh berbungkus macam pocong

Apa rasanya, kepala bertudung, kain terbelah
Kalau takat rambut orang kurang ghairah
Lain kalau peha gebu atau ternampak lurah
Mata yang memandang boleh keluar darah

Kebaya ketat, kain terbelah
Ikat tudung macam tak sudah
Nak ikut suruhan agama memang tak mudah
Tapi Islam sebenarnya indah

Tutup aurat bukan suruh berselubung
Sampai tak nampak muka dan hidung
Yang faham tuntutan amat beruntung
Taklah bersungut mulut pun muncung

Dah kalau mula minat nak bertudung
Cubalah sesuaikan apa yang disarung
Kalau masih rasa jiwa tu 'mendung'
Maknanya nafsu tu belum dapat dibendung

Bertudung itu bukan satu paksaan
Ianya lebih kepada keinsafan
Selalunya nafsu masih dikuasai syaitan
Itu la pasal fesyen pun yang bukan-bukan

Asal menutup aurat itu tuntutan
Kalau dianggap susah, tu sebab bosan
Yang ye nya hati tak berkenan
Tu yang berjela-jela mencipta alasan

Menutup aurat satu syariat
Kepada agama kita taat
Hidup berkat pahala berlipat-lipat
Didunia selamat, di akhirat hebat

Dalam tiap perbuatan, kita mulakan dengan niat
Gitu juga bertudung, janganlah konon nak tunjuk taat
Alamat pahala lebur, dosa bertingkat-tingkat
Mentelah pula berfesyen tak kena tempat

Baik tak bertudung kalau hanya nak rosak imej
Walhal Islam suruh pakai yang sopan dan manis
Dah kalau takat pakaian ngalahkan pengemis
Atas tutup, bawah buka, ni apa punya jenis?

Kita memang hidup dalam era serba maju
Sungguhlah iman tak dinilai just ikut baju
Kalau bertudung tapi pakai yang 'gitu-gitu'
Kita pun susah kenal, manusia ke hantu

Banyak salah faham bila mula bertudung
Maknanya no fesyen-fesyen only the baju kurung
No more pant suit, kebaya or kebarung
Dah kalau gitu lebih baik duduk berkurung

Bertudung bergaya biarlah yang sempurna
Tak jadi bahan kutuk, jangan pula menambah dosa
Pun tak usahlah juga terlebih gaya
Islam itu suka yang sederhana

Kenalah pula kita wanita bekerjaya
Fesyen busana muslimah yang paling kena
Kalau rasa nak letak kaler, tu yang paling asas je
Sebab agama sendiri menggalakan kita selesa

Mana tidaknya, bila bekerja kita bergaul semua
Kalau sendiri memandang muka pun layu je
Orang dok mengata, kita pun rasa terhina
Dah kalau 'put color' jangan macam 'rainbow' pula

Siapa kata kita tak boleh berwarna
Tak caya cuba tengok semua pendakwah kita
Ustazah-ustazah mereka tetap juga bubuh kaler
Taklah sampai mengancam, cuma biar nampak 'bernyawa'

Tu sebab kita buat kerja semua dengan niat
Jadi terserah budi bicara tuan punya jasad
Dah kononnya bertudung tapi hati masih jahat
Baik tak le payah berpura nak tutup aurat

Kalau dah memang rasa nak berubah
Peduli kata orang bukan dia yang susah payah
Asal niat, matlamat dan cara kita istiqamah
Lantak mereka lah kalau nak tergigit lidah

Bersamalah kita mengkaji semula
Pakaian kita yang bagaimana gayanya
Andai belum betul-betul bersedia
Janganlah kita mencemar kesuciannya

Andai terasa hidayah menyinggah
Lakukan yang betul mengikut sunnah
Menutup aurat jangan sekali dirasa payah
Mengapa diperleceh, itukan perintah

Andai dihati redha dan ikhlas
Diwajah Nur terpancar jelas
Walaupun bergaya tak berapa 'kelas'
Asal Tuhan tahu, diakhirat pengorbanan terbalas

Harap maaflah kalau terlalu panjang
Bukan sengaja mereka yang bukan-bukan
Berpantun seloka bukan setakat hiburan
Yang mana betul jadikan pedoman.


sumber internet

EMAS

Ini cerita emas bukan cerita warga emas yang pulang balik wang ekhsan. Cerita pentingnya emas dan kenapa kita perlu emas.

Seperti yang kita sudah sedia maklum, emas memang menjadi sumber pelaburan paling selamat sejak dari zaman dulu lagi. Tetapi masih ramai lagi rakyat di Malaysia ini tidak menyedari akan kepentingan pelaburan emas ini.
Mengapa kita perlu menyimpan emas?
1. Emas ialah kekayaan yang sebenarnya
—————————————————-——
Sejak dari dulu lagi emas menjadi simbol kekayaan hinggalah zaman sekarang. Selain itu juga emas tidak boleh dibinasakan. Sesuatu benda yang menjadi penyimpan kekayaan mestilah mempunyai sifat tidak boleh dibinasakan. Sebab itu makanan, haiwan dan tumbuh-tumbuhan tidak boleh menjadi penyimpan kekayaan. Ini kerana di dalam jangka masa panjang kesemua benda tersebut akan binasa.
Sesuatu benda yang boleh dibinasakan dengan mudah tidak boleh
menjadi penyimpan kekayaan yang terunggul.
2. Harga emas sentiasa meningkat dalam jangka masa panjang.
—————————————————————–—————————–
Sejak 10 tahun yang lalu harga emas telah mula meningkat. Siapa
yang simpan emas sejak masa itu, memang menguntungkan!
Purata kenaikan harga emas adalah sekitar 27% setahun. Siapa nak
bagi anda untung setinggi ini? ASB jika tinggi pun, anda akan dapat 12% setahun. Yang mana satu lebih untung?
Jika anda kawin pada tahun 2001, barang kemas 916 dibeli pada harga RM50 segram. Pada hari ini, emas 916 mencecah harga RM122 segram!!
3. Nilai wang kertas sentiasa jatuh di dalam jangka masa panjang
—————————————————————–——————————-
Senang saja. Sebagai contoh, pada tahun 1980an, kebanyakan pelajar sekolah membawa antara 20 sen dan 30 sen sebagai duit poket. Duit tersebut cukup untuk membeli nasi dan air minum. Bagaimana dengan sekarang – tahun 2009? RM 5 sehari pun tidak cukup..
4. Aset yang terunggul
————————————
Tidak ada aset lain yang boleh menandingi kecairan emas. Ia bukan sahaja boleh dicairkan di Malaysia tetapi boleh dicairkan di seluruh dunia. Katakanlah negara kita dilanda peperangan. Kita lari dengan membawa emas ke negara lain. Ianya boleh ditukarkan kepada wang kertas negara itu. Dan dengan emas itu, kita mampu hidup di negara tersebut. Lain pula jika kita membawa wang kertas kita, adakah ianya laku di negara lain? Ibarat ‘wang kertas Iraq’ yang sama sekali tidak bernilai akibat peperangan.
5. Ia tidak boleh dimanipulasikan
—————————————————-
Emas  sukar diperoleh dan tidak boleh dicipta. Jadi, ia tidak boleh dimanipulasikan. Kuantitinya tidak boleh ditambah dengan mudah. Ini menyebabkan emas sentiasa bernilai.
Ini berbeza sekali dengan wang kertas. Ia boleh dicetak sesuka hati oleh pemerintah. Jika jumlah cetakan terlalu tinggi, maka nilainya akan menurun. Rm 1 juta hari ini tidak akan bernilai RM1 juta lagi pada 5 tahun akan datang.
copied from : malaysiakuboleh.wordpress.com

jadi marilah kita pakat-pakat beli emas   tak pakai....bagi isteri pakai.....

4 Oktober 2010

ISU PEMBERIAN WANG HARAM

Minggu lepas kita dihidangkan dengan berita warga emas Negeri Pulau Pinang memulangkan wang ekhsan kerajaan negeri. The Collector tak pandai nak kupas isu ini tapi disini The Collector  was-was juga tentang wang 'sponsor' ,  imbuhan-imbuhan  yang berbentuk hadiah , makanan dan sebagainya yang mempunyai niat disebaliknya. Adakah sumber ini  pasti betul- betul halal atau 'sewaktu' dengannya.

Disini The Collector  postkan pendapat  Ustaz Shauqi  dalam blognya dan pendapat Ustaz Dr.Maza yang bersandarkan  Qur'an , hadis dan fatwa.

Warga emas yang memulangkan wang yang diberikan kepada mereka oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang bertindak mengikut kejahilan yang didokong pula oleh mereka yang jahil. Sebelum buat sesuatu, sepatutnya merujuk terlebih dahulu kepada orang yang berilmu. Sila lihat keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan mengenai hal ini :-

Penyaluran Harta Tidak Patuh Syariah Ke Baitulmal Dan Institusi Islam Lain

Keputusan:

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-87 yang bersidang pada 23 – 25 Jun 2009 telah membincangkan Hukum Penyaluran Harta Tidak Patuh Syariah Ke Baitulmal Dan Institusi Islam Lain. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
Di dalam Islam harta-harta yang diperolehi dengan cara yang tidak mematuhi syariah seperti riba, gharar, perjudian, penipuan, rompakan, rampasan, rasuah dan seumpamanya adalah haram dan tidak boleh digunakan untuk manafaat dan kepentingan diri sendiri serta perlu dibersihkan melalui kaedah-kaedah berikut:
  1. Diserah kepada Baitulmal untuk maslahah-maslahah umum umat Islam seperti membiayai pembinaan atau penyelenggaraan jambatan, jalan, tandas dan seumpamanya;
  2. Diserah kepada golongan fakir miskin; atau
  3. Jika harta tersebut merupakan harta rompak, curi dan seumpamanya, maka harta tersebut perlu diserahkan semula kepada pemiliknya. Jika pemiliknya telah meninggal dunia atau tidak dapat dijumpai, maka harta tersebut mestilah dikembalikan kepada ahli warisnya. Sekiranya tidak dapat diketahui pemilik atau ahli waris pemilik, maka harta tersebut hendaklah diserahkan kepada Baitulmal.
Keterangan/Hujah:
  1. Imam al-Nawawi di dalam kaedah penyelesaian harta haram telah menukilkan pandangan al-Ghazali yang menyatakan jika seseorang lelaki itu memiliki harta haram dan hendak bertaubat serta melepaskan tanggungan daripada harta haram tersebut, maka harta tersebut mestilah diserahkan kepada pemiliknya atau wakil pemilik tersebut. Sekiranya pemilik tersebut telah meninggal dunia, berkewajipan untuk menyerahkan kepada ahli warisnya. Sekiranya pemilik harta tersebut tidak dapat dikenal pasti, maka harta tersebut mestilah diserah (dibelanjakan) kepada maslahah-maslahah umum umat Islam seperti (membiayai pembinaan atau menyelenggara) jambatan, masjid-masjid, dan seumpamanya yang bersangkut-paut dengan urusan orang Islam. Sekiranya tidak digunakan untuk tujuan kemaslahatan umat Islam, harta haram tersebut diserahkan kepada golongan fakir.
  2. Sheikh Prof. Dr. Yusuf al-Qaradhawi ketika ditanya bagaimana mengurus faedah yang terkumpul di dalam bank konvensional, sama ada hanya perlu dibiarkan sahaja berada di dalam bank konvensional tersebut atau sebaliknya, telah menyatakan bahawa:
a. Faedah-faedah bank yang terkumpul hukumnya adalah sama seperti harta- harta lain yang diperolehi melalui jalan yang haram.
b. Tidak harus seseorang menggunakannya (wang faedah) tersebut kerana tindakan menggunakan wang tersebut adalah termasuk di dalam kategori memakan harta yang diperolehi melalui jalan kezaliman. Tidak boleh dimanfaatkan melalui jalan makanan, minuman, tempat tinggal, membayar cukai dan seumpamanya.
c. Meninggalkan wang faedah itu di dalam bank konvensional adalah haram secara muktamad. Dasar ini telah dipersetujui di dalam Muktamar Bank Islam Kedua di Kuwait oleh ulama’ secara ijma’. Tindakan tersebut hanya akan mengukuhkan lagi ekonomi bank riba dan dikira sebagai menolong dalam urusan maksiat. Menolong perkara yang haram adalah haram.
Sumber: (http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/penyaluran-harta-tidak-patuh-syariah-ke-baitulmal-dan-institusi-islam-lain)



Hukum Mengambil Pemberian Dari Sumber Yang Haram

dipostkan oleh dr.MAZA dalam Minda Tajdid

Menjawap soalan Saudara Mazlan dari Pulau Pinang

 

Perkara yang penting dalam traksaksi kewangan dan sebagainya, seseorang hendaklah tahu atas asas apa traksaksi itu dibuat. Maksudnya, dia mesti jelas wang atau barang yang diterimanya atas dasar apa. Jika yang diterimanya itu atas penjualan arak yang dia lakukan, atau judi yang dia terlibat atau riba yang berurusan dengannya, atau pelacuran yang terbabit maka ia haram. Jika ia terima atas jual beli, atau bayaran hutang, bantuan, atau pemberian atau hadiah yang dia tidak terbabit dengan urusan kegiatan haram, maka ia pada asalnya adalah halal. Sebagai pendetilannya, saya sebutkan beberapa perkara berikut;

1. Seseorang yang menerima wang dari pihak yang lain hendaklah memastikan atas traksaksi apa wang itu diterima. Adapun urusan sebelum itu, yang tidak membabitkan diri penerima, maka itu tidak pertanggungjawabkan kesalahan itu ke atas penerima tersebut.
Umpamanya, kakitangan kerajaan yang bekerja dalam urusan yang halal dan mendapat gaji, maka gaji itu halal. Sekalipun kemungkinan sumber kerajaan dalam membayar gaji itu diambil dari kegiatan yang haram seperti perjudian atau arak atau seumpamanya. Ini kerana urusan haram itu tidak membabitkan diri penerima gaji berkenaan dan gaji itu diterima atas kerjanya yang halal, bukan aktiviti yang haram.
2. Hal yang sama, jika seseorang berhutang kepada kita, lalu dia datang membayar dari hasil wang haram yang diperolehinya seperti menang loteri. Kita halal mengambil hutang kita sekalipun dia bayar dari wang loteri berkenaan. Ini kerana yang haram ialah pemindahan wang dari syarikat loteri kepada yang berhutang, iaitu atas asas judi. Sedangkan pemindahan wang tersebut kepada kita, atas asas membayar hutang, yang tiada kaitan dengan judi.
Begitu juga, jika pengurus bank riba, atau taukeh judi atau taukeh arak datang ke kedai kita dan membeli barang atau makanan, halal kita menerima wang yang mereka bayar. Ini kerana wang itu diterima atas dasar jual beli, bukan judi, atau riba atau arak. Kegiatan yang salah ditanggung dosanya oleh pelakunya, sedang yang menjual barang halal kepada mereka tidak terlibat.
3. Asas dalam hal ini disebut oleh al-Quran (maksudnya):
“dan tiadalah (kejahatan) yang diusahakan oleh sesuatu jiwa (seorang) melainkan dialah yang menanggung dosanya; dan seseorang yang boleh memikul tidak akan memikul dosa orang lain”. (Surah al-An’am, ayat 164)
4. Dalil yang menunjukkan kenyataan ini, ialah amalan Nabi s.a.w di mana baginda menerima pemberian wanita Yahudi di Khaibar yang menghadiahkan baginda kambing, baginda memakannya. Ini seperti yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim. Walaupun Yahudi terkenal dengan penipuan, riba dan rasuah tetapi baginda tetap menerima hadiah mereka.
Begitu juga –seperti riwayat al-Bukhari- baginda pernah menggadai baju besi kepada Yahudi dan mengambil gandum untuk keluarga baginda. Baginda juga menerima jemputan makan roti bali dan minyak yang sudah berubah baunya dari seorang yahudi. Ini seperti dalam riwayat al-Bukhari, Ahmad, al-Tirmizi dan lain-lain.
5. Rasulullah s.a.w tidak boleh memakan sedekah. Ini adalah hukum untuk baginda dan Ahlul Bait. Suatu hari Barirah bekas hamba ‘Aisyah telah mendapat sedekah daging. Apabila daging itu dihidangkan kepada Nabi s.a.w, lalu baginda diberitahu bahawa daging tersebut adalah sedekah kepada Barirah. Baginda menjawab:
“Untuk dia sedekah, untuk kita hadiah” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Maksudnya, daging itu disedekah kepada Barirah, kemudian Barirah menghadiahkan kepada Nabi s.a.w. Jika ia disedekah kepada Nabi s.a.w, baginda tidak boleh makan. Walaupun asalnya sedekah, tetapi baginda menerima dari Barirah atas asas hadiah, maka halal untuk baginda. Di sini menunjukkan yang diambil kira transaksi antara pemberi dan penerima, bukan yang sebelum itu.
6. Seorang lelaki bertanya kepada Abdulllah bin Mas’ud:
“Aku ada jiran yang memakan riba dan dia selalu menjemputku makan”. Jawab ‘Abdullah bin Mas’ud: “Engkau dapat makan, dosa ditanggung olehnya”. (Musannaf ‘Abd al-Razzaq, bil: 14675).
Dalam riwayat al-Baihaqi,
seseorang bertanya Ibn ‘Umar bahawa beliau ada jiran yang memakan riba atau mempunyai pekerjaan yang haram, kadang-kala dia jemput makan, bolehkah hadir?. Jawab Ibn ‘Umar: “Ya” (al-Sunan al-Kubra, bil: 11138).
7. Al-Syeikh al-‘Allamah Muhammad Solih ibn al-Uthaimin r.h pernah ditanya mengenai hukum nafkah yang diterima oleh isteri dan anak dari suami yang terlibat dengan bank riba, apakah mereka boleh mengambilnya. Beliau menjawab:
“Ambillah nafkah itu dari bapa kamu. Kamu mendapat kenikmatan, dia pula mendapat dosa. Ini kerana kamu mengambil nafkah tersebut secara berhak. Harta padanya, dan kamu tiada harta. Kamu mengambilkan dengan cara yang benar. Sekalipun kesalahan, balasan dan dosa ke atas bapa kamu, jangan kamu gusar. Nabi s.a.w pun menerima hadiah dari yahudi, memakan makanan yahudi, membeli dari yahudi sedangkan yahudi terkenal dengan riba dan harta haram, tetapi Rasulullah s.a.w memakannya dengan jalan yang halal. Maka, jika seseorang memilikinya dengan jalan yang halal, maka tidak mengapa”  (http://www.estgama.net/estgama_mag/full.php?id=82).
8. Dr Yusuf al-Qaradawi ketika ditanya mengenai wang riba ke mana patut disalurkan, beliau menyebut antaranya:
“Sebenarnya, wang tersebut keji (haram) jika nisbah kepada orang mendapatkan secara tidak halal, tetapi ia baik (halal) untuk fakir miskin dan badan-badan kebajikan…(penyelesaiannya) disalurkan ke badan-badan kebajikan iaitu fakir miskin, anak-anak yatim, orang terputus perjalanan, institusi-institusi kebajikan islam, dakwah dan kemasyarakatan..” (al-Fatawa al-Mu’asarah 2/411, Beirut: Dar Ulil Nuha).
9. Namun diharamkan jika membabitkan kezaliman secara jelas kepada pihak lain (hak al-‘ibad) yang mana dengan kita mengambil, akan ada yang teraniaya tanpa rela, seperti harta curi dan rompakan. Sabda Nabi s.a.w:
“Allah tidak terima solat tanpa bersuci, dan sedekah dari pengkhianat” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Ini kerana penerimaan ini akan menyebabkan pihak yang sedang menuntut atau mencari hartanya yang dirampas atau dicuri terzalim. Melainkan pihak yang dizalimi itu redha. Jika dia menuntut, wajib dikembalikan kepadanya.
10. Walaupun harta atau pemberian dari harta yang haram itu boleh diambil, tetapi jika dengan pemberian itu menunjukkan secara jelas sikap bersekongkol dengan dosa maka ia diharamkan kerana redha dengan maksiat. Ini seperti seseorang membelanja makan dengan wang judi sempena kemenangan judinya. Atau dia mempromosi syarikat judi tersebut secara jelas dengan cara memberi bantuan, maka haram bersekongkol dengan kemaksiatan seperti itu.
11. Maka fakir miskin yang mendapat bantuan kerajaan atau pihak lain dari sumber yang asalnya haram, mereka HALAL menerimanya dan tidak perlu dikembalikan. Dengan syarat mereka tidak terlibat secara langsung dalam mempromosikan aktiviti haram seperti perjudian dan arak.




Maka fikirlah dengan mata hati  berlandaskan Quran dan Hadis..... tepuk dada tanya iman....

2 Oktober 2010

NASIB MASJID BABRI



LUCKNOW: Sebuah mahkamah di sini semalam memutuskan tapak Masjid Babri yang mencetuskan sengketa agama antara umat Islam dengan penganut Hindu di seluruh India beberapa tahun lalu perlu dibahagi antara kedua-dua kumpulan itu.
Bagaimanapun, kedua-dua kumpulan berkenaan berkata, mereka akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan itu di Mahkamah Agung.
Mahkamah Tinggi Allahabad dalam keputusannya berkata, kawasan seluas 64 ekar itu perlu dibahagian dengan masyarakat Islam menguasai sepertiga daripadanya sementara dua kumpulan Hindu berkongsi dua pertiga lagi kawasan itu, kata seorang peguam yang mewakili kumpulan Hindu, Ravi Shankar Prasad.

Tiga hakim yang membuat keputusan itu membenarkan masyarakat Hindu mengekalkan satu kawasan yang kini menempatkan sebuah kuil kecil sementara.

“Majoriti hakim memutuskan kuil sementara itu adalah tempat lahirnya Rama dan ia tidak boleh dipindahkan,” kata Prasad.

Mahkamah turut memutuskan status kawasan itu ketika ini perlu diteruskan selama tiga bulan lagi bagi membolehkan tanah itu diukur dan dibahagikan.

Keputusan mengiktiraf kawasan berkenaan sebagai tempat kelahiran Rama menggmbirakan masyarakat Hindu tetapi mereka akan mengemukakan rayuan di Mahkamah Agung kerana membantah keputusan memberikan sebaagian kawasan itu kepada umat Islam.

“Mahkamah menghormati kepercayaan Hindu tetapi kami akan berusaha mendapatkan bahagian yang diberikan kepada umat Islam,” kata seorang pemimpin kumpulan Hindu, Nritya Gopaldas Maharaj.

Dalam pada itu, peguam Jawatankuasa Tindakan masjid Babri, Zafaryab Jilani juga berkata, beliau akan mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Agung berhubung keputusan berkenaan.

“Mahkamah menerima hakikat bahawa memang wujud sebuah masjid di kawasan itu tetapi kami tidak akan menerima formula satu pertiga itu,” katanya kepada wartawan. - Reuters


Kita berharap sangat peristiwa ini tidak akan berlaku di negara kita .Walau bagaimanpun pihak -pihak berwajib perlulah mengawal dan mengambil tindakan segera keatas isu-isu yang menyentuh sensitiviti agama . Hari ini telah banyak contoh kita lihat  dan kalau ini terus dibiarkan Peristiwa Masjid Babri ini mungkin berlaku, mungkin lebih dari itu... renung dan fikirkanlah...........

COLLECTOR 3

Muka Depan

Kali ini The Collector memaparkan sebuah koleksi berharga yang disimpan hampir 35 tahun lalu. Sebuah majalah komoik yang agak popular sekitar tahun 70an, Salina. Ia diterbitkan ole Raz Studio. Koleksi ini ialah koleksi tunggal yang masih  disimpan oleh The Collector. Majalah komik  Salina ini adalah keluaran tahun 1976, bilangan 9 bulan Mac. Salina menggunakan 'tag line' " MENDUKUNG DAN MEMBINA KESENIAN SERTA KEPERIBADIAN BANGSA DAN NEGARA".

muka belakang


Majalah komik ini mengandungi 28 halaman dan berharga cuma 50 sen pada masa itu. Kandungannya terdiri daripada komik, ruangan coretan pembaca, rintihan kalbu, pengetahuan, ruangan berkenalan temanku dan beberapa ruangan yang lain.

komik

 Ada yang berminat?...... Maaf.....Tidak untuk dijual kerana merupakan koleksi tunggal.......
ruangan berkenalan

ruangan fesyen