2 Disember 2010

THE COLLECTOR 14-LED ZEPPELIN-INTHROUGH THE OUT OF DARK

Salam Sejahtera. Piring hitam ini The Collector dapat pada tahun 1993 di Segamat di sebuah kedai (tak ingat nama).Orang Segamat panggil Kedai Bawah Pokok. Sekarang , kedai ini dah tak ada lagi.....dah tinggal kenangan.



Album Led Zeppelin ini keluaran tahun 1979(15 Ogos), diterbitkan oleh Jimmy Page. 'Line up' nya ialah John Paul Jones(bass dan keyboard), Robert Plant(vocalis), Jimmy Page(gitar) dan John Bonham(drummer)





Piring Hitam Led Zeppelin

 Dibawah ini The Collector paparkan Perincian Album dari Wikipedia


In Through the Out Door

Cover of the album wrapped in paper
Studio album by Led Zeppelin
Released 15 August 1979
Recorded November–December 1978,
Polar Studios, Stockholm,
Stockholm County, Sweden
Genre Hard rock
Length 42:25
Label Swan Song
Producer Jimmy Page


Led Zeppelin chronology
Presence
(1976)
In Through the Out Door
(1979)
Coda
(1982)

Singles from In Through the Out Door
  1. "Fool in the Rain"/"Hot Dog"
    Released: 7 December 1979
Alternative cover 1

Woman leaning on the wall perspective
Alternative cover 2

Man with wallet perspective
Alternative cover 3

Bartender's perspective
Alternative cover 4

Woman at the bar perspective
Alternative cover 5

Piano player perspective
Alternative cover 6

Woman at jukebox perspective

Track listing

Side one
No. Title Writer(s) Length
1. "In the Evening"   Jones, Page, Plant 6:49
2. "South Bound Saurez"   Jones, Plant 4:12
3. "Fool in the Rain"   Jones, Page, Plant 6:12
4. "Hot Dog"   Page, Plant 3:17
Side two
No. Title Writer(s) Length
1. "Carouselambra"   Jones, Page, Plant 10:32
2. "All My Love"   Jones, Plant 5:51
3. "I'm Gonna Crawl"   Jones, Page, Plant 5:30



































30 November 2010

THE COLLECTOR 13 - LEMBARAN MINI PILIHAN 1





Entri ini memaparkan Lembaran Mini pilihan The Collector.  Rasa teruja bila melihatnya.....

29 November 2010

THE COLLECTOR 12- KENANG-KENANGAN

Salam sejahtera , dalam entri ini The Collector akan papar sebuah kamera Yashica MG 1. Kamera ini The Collector perolehi dari Paman Salim ( bapa saudara isteri ku). Perinciannya di bawah ( Oleh Wikipedia)...nak jual....oh...tidak 'just for display only'....



Yashica MG-1

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, gelintar
Yashica MG-1 ialah sebuah kamera penilik julat 35 mm yang dilancarkan Yashica pada tahun 1975. Ini adalah kamera Yashica G yang telah diberi penambahbaikan dengan bukaan keutamaan dedahan cahaya automatik. Ia dijual bermula dari tahun 1975 hingga Disember 1986.
Yashica MG-1 merupakan kamera yang kukuh. Ia dibuat sesuai untuk golongan berumur dan remaja. Ciri-ciri yang ada pada kamera ini membuatkan ia baik untuk penangkapan di luar dan di dalam sama ada untuk filem warna atau hitam putih. Tambahan pula ia tidak memerlukan kemahiran penggunaan kamera yang tinggi. Bahkan, ia menawarkan pengendalian paling halus pernah dihasilkan ketika itu.
Ciri:
  • Jenis filem: 135 (35mm)
  • Saiz gambar: 24mm x 36mm
  • Kanta: Yashinon f/2.8 45mm, empat unsur dalam tiga kumpulan.
  • Pengatup: Jenis daun dikawal elektronik dengan kelajuan boleh ubah terus-menerus daripada 1/500 saat kepada sekitar 2 saat; pemasa kendiri terbina dalam; pelekap hubungan X langsung. Kecepatan pengatup disetkan secara automatik pada 1/30 saat apabila tuil Auto boleh disesuaikan dengan tatacara denyar.
  • Pemidang tilik: Bingkai tilik cerah dengan tanda pembetulan paralaks; menunjukkan anak panah penunjuk dedahan kuning dan merah.
  • Meter dedahan: Kawalan dedahan 'Top-Eye' CDS automatik sepenuhnya; kelajuan pengatup tepat menjamin dedahan betul diperoleh secara automatik melalui pra pilihan simbol paparan (bukaan kanta); julat EV berkisar daripada EV2 ke 17 (ASA 100); lampu penunjuk dedahan dalam pemidang tilik dan atas kamera - kuning sebagai isyarat kelajuan pengatup rendah.
  • Julat ASA: Daripada ASA 25; sampai 800.
  • Pemara filem: Tuil pemara filem aksi tunggal memajukan bingkai dan mencekah pengatup.
  • Bateri: Satu bateri merkuri 5.6V (Eveready E164, UCAR E 164, Mallory PX32 atau setara).
  • Saiz dan Berat: 140.6 x 72 x 82 mm; ~620 g
Kamera ini adalah salah satu daripada "Samurai Terakhir" sebelum "Era Plastik" bermula. Yashica MG-1 adalah sebuah penilik julat "saiz penuh". Sesetengah orang akan tidak suka dengan fungsi automatik namun ia adalah satu ciri yang membuatnya mudah digunakan. Yang hampir pasti kurangnya kawalan manual merupakan suatu pembatasan.

28 November 2010

THE COLLECTOR 11- KENANG-KENANGAN

Ada lagi ka  botol  FANTA macam ni................

Fanta pendek dari Siam

Yang ni pulak, boleh jumpa ka kat sini.....?


25 November 2010

THE COLLECTOR 1O- KEPUTUSAN PENILAIAN DARJAH 5 1978

Baru-baru in keputusan UPSR tleh diumumkan. Hasilnya amat memberangsangkan , mengikut apa yang disiarkan di dada-dada akhbar. The Collecttor ucapkan tahniah kepada yang mendapat keputusan yang cemerlang(5A 6A &7A).  Bagi yang tidak cemerlang, ini bukanlah penhghujungnya, ini baru permulaan. Ada yang cemerlang UPSR "tetapi' hancur PMRnya. Ada anak kawan The Collector tidak dapat membaca dengan baik masa sekolah rendah dan tidak mendapat keputusan yang baik semasa UPSR  tetapi dapat melanjutkan pelajaran di universiti dan sekarang bekerja di luar negara ( German) . Itulah yang sering diperkatakan kepada anak The Collector sendiri. Dia tidak mendapat 5A. Kecermerlangan itu sebenarnya tidak diukur  dari keputusan peperiksaan atas kertas sahaja, tetapi boleh dilihat dari sudut pandang yang lain......cemerlang akhlaknya, cemerlang Qur'annya cemerlang kemahiran teknikalnya dan lain-lain.

Di bawah ini The Colllector paparkan keputusan peperiksaan Penilaian Darjah 5 tahun 1978. Pada masa itu ujian penilaian sekolah rendah dijalankan semasa darjah 5. Apa rasionalnya, hingga kini The Collector tidak tahu. Ini kena tanya Kementerian Pelajaran. Apa yang The Collector ingin nyatakan tentang keputusan penilaian darjah 5 ini ialah  diera serba kekurangan ini, anak kampung seperti The Collector masih mampu mendapat 3A 1B dan 1C....di kampung yang tidak ada tuition, tidak kelas tambahan, tidak ada buku rujukan yang khas   dan yang yang nyata kelemahan anak kampung seperti The Collector ialah Bahasa Inggeris. Namun Bahasa Inggeris dapat dipertingkatkan dengan sendirinya semasa di sekolah menengah dengan usaha gigih guru-guru ( Thank you Mr. Ong Kim Chia, Puan Norhayati....sekadar menyebut beberapa nama). Mana lebih hebat guru BI sekarang atau guru BI dahulu?  Sama hebat.....Guru sekarang lebih canggih tapi......murid sekarang   'letih'....The Collector ambil mata pelajaran Sains Tulen dalam Bahasa Melayu, masuk Universiti ambil kimia dalam Bahasa Melayu, tapi semua buku dalam BI   masih boleh lulus dan faham......tak perlu ajar dalam BI...dan sekarang pun  BI The Collector rasanya lebih baik dari BI pelajar yang belajar sains dalam BI..

Ini dia keputusan Penialaian darjah 5 1978  ( The Collector punya le)....slip keputusan ditulis tangan dan menggunakan kertas cetak yang murah sahaja dan di tandatangani oleh guru besar.

22 November 2010

FDC for sale

Salam sejahtera. Kali ini The Collector ingin berkongsi beberapa koleksi FDC bagi peminat yang terlepas....
Harganya termasuk belanja pos. Kadang-kadang The Collector 'terbeli' lebih.....so bolehle di 'kongsi'.....bagi yang berminat SMS aje   019 7246543


RM 15


RM 7



RM 7

RM 12  SOLD

RM7

BULAN JATUH KE RIBA

Hari ini The Collector terima satu sumbangan ikhlas dari seorang rakan. Bagi The Collector ia sangat bernilai sekali.  Sebuah buku oleh Ali Napiah Hashim ; koleksi Setem, Filateli & Sampul Sutrat hari Pertama. Terbitan Delmu 1996. Rakan The Collector telah menghadiahkan buku tersebut kerana beliau tidak lagi mengumpul setem dan FDC( sudah lama tidak aktif). Terimakasih banyak, The Collector ucapkan pada beliau   ( En.Ku Mahmood bin Miskam).

HIDUP KITA

Bertemu dan berpisah ialah adalah  rencah dalam hidup kita. Kita akan mengalaminya sepanjang masa sehinggalah bercerai nyawa dari badan, itulah perpisahan terakhir kita. Saban tahun ada sahaja yang akan bertukar atau berpindah tempat kerja.  Bagi The Collector, tahun ini merupakan tahun yang memberi kesan dihati. Dua sahabat  baik The Collector akan berpindah.



En Mohd Ziani bin Idrus akan berpindah ke kampung halamannya di Tangkak. Tahniah diucapkan kerana bertahun telah memohon  dan akhirnya berjaya pada tahun ini. Beliau akan berpindah ke SMK Parit Bunga.
Sepanjang beliau berada disini,  banyak sumbangan yang telah diberikan untuk pembangunan sekolah. Merupakan diantara pengasas(Setiausaha)  Koperasi Sekolah yang bermula dari ‘0’ hinggalah menjadi  sebuah koperasi sekolah yang paling stabil dari segi kewangannya dan pentadbirannya. Merupakan ketua Panitia Sains yang telah bersama-sama menaikkan peratus pencapaian mata pelajaran Sains Teras SPM. Tidak lokek berkongsi ilmu, sering membantu  ,berbudi pekerti mulia  dan tutur katanya yang sopan. Seorang guru yang tidak kasar dan lembut bahasanya dengan pelajar mahupun rakan setugas. Sentiasa menjadi ‘backup’ kepada rakan setugas terutamanya dalam matapelajaran Sains Teras.

Selamat maju jaya diucapkan kepada beliau, semoga beliau akan terus berbakti dan mencapai kejayaan yang lebih cemerlang.
'MACHO'........

En Zaifulnizam bin Ahmad pula akan bertukar ke Melaka mengikut isterinya. Beliau merupakan seorang rakan yang  ‘tak banyak cakap’, sangat menghormati guru senior. Panggilan Abang pada ku tidak pernah lekang dibibirnya. Rakan yang banyak membantuku dalam pengurusan pasukan olahraga sekolah semasa aku menjadi Pengurus. Beliau juga merupakan Pengurus Pasukan Sepak Takraw sekolah yang telah banyak menempa nama di peringkat daerah, negeri dan juga kebangsaan. Semoga beliau terus maju dan mendapat kejayaan yang cemerlang di sekolah barunya nanti. Perjalanannya masih jauh.

Kepada kedua sahabat,  The Collector memohon jutaan maaf sekira terdapat kesalahan yang tersurat mahupun tersirat.Itu sudah adat…………HIdup Kita

9 November 2010

THE COLLECTOR 8 - FDC- VINTAGE

Kali ini The Collector paparkan FDC Vintage dari New Zealand. Koleksi ini dah lebih 10 tahun The Collector simpan...
1959


1958
1954
Ada yang minat.......

6 November 2010

JALAN -JALAN CARI SETEM......MELAKA


The Collector bersama isteri dalam Muzium Setem Melaka


Hari ini  6.11.2010   released tension.. pergi jalan-jalan Melaka sambil....mencari  idaman hati....alhamdulillah..dapat. Dapat berkenalan dengan tuan punya kedai Setem kat Muzium Mr. Khoo Chee Wee..Lain kali boleh pergi lagi sambil menimba ilmu...

En. Khoo Chee Wee sedang  memberi  'nasihat'
.
Ada yang berkata hobi kumpul FDC dan setem ini   ialah hobi budak-budak atau hobi ' mengantuk'. Bagi aku pendapat itu kurang tepat kerana rata-rata aku temui   FDC Collector dan Stamp Collector berumur 30an ke atas...dan kebanyakannya 'tegar'. Terdapat juga kanak-kanak dan remaja, tapi secara 'tegar' dan 'profesional' kebanyakkan sudah berusia. Aku sendiri pun masih dianggap 'beginner'...Sebenar hobi ini aku dah mula sejak remaja lagi tapi disebabkan terbatasnya ruang masa dan ruang 'ongkos' , perjalanannya agak perlahan. Walaupun hobi ini nampak mudah dan senang...tapi sebenarnya perlukan kos yang agak 'lebih'...Kalau tak percaya boleh ajukan soalan ini kepada Stamp Collector atau kelab-kelab yang berkaitan.


Orchid - Kampuchea 1985

Bagi aku hobi ini tidak menggangu orang lain dan boleh mendapat banyak kenalan dan menghubungkan silaturrahim  .Keseronokannya dan kepuasannya tidak dapat digambar dan diceritakan.  Hanya jauhari mengenal manikam......
Kucing Domestik- Kampuchea 1985

1 November 2010

THE COLLECTOR 7- RESIT SEWA RUMAH 1949

Satu dokumen yang susah didapati. Resit bayaran sewa rumah tahun 1949. Tulisan Jawi. Lengkap dengan tanda tangan , cap jari dan setem. Ada yang berminat....atau nak bid  harganya RM60.00 siap dengan pos laju. Contact no.019-7246543

29 Oktober 2010

THE COLLECTOR 6- LENCANA PARTI NEGARA 1954



Parti Negara. Sebuah parti yang telah diasaskan oleh Almarhum Dato' Onn Jaafar  pada Februari 1954. Beliau merupakan pengasas UMNO dan juga merupakan presiden yang pertama.. Parti ini berasaskan pelbagai kaum tetapi tidak mendapat sokongan pada masa itu. Memenangi 1 kerusi parlimen pada tahun 1959 di Terengganu oleh Dato' Onn sendiri. Akhirnya parti ini berkubur pada tahun 1962 berikutan kematian Dato' Onn.


Lencana Parti Negara ini, The Collector perolehi dari allahyarham datuk, Salleh bin Haji Khamis( Al-Fatihah). Beliau merupakan salah seorang penyokong Parti Negara di Perlis.Berikutan dengan kematian Dato' Onn dan berkuburnya Parti Negara, beliau terus menyertai Pas hingga ke akhir hayatnya(1985) Inilah salah satu koleksi The Collector yang paling berharga.