|
The Collector bersama isteri dalam Muzium Setem Melaka |
Hari ini 6.11.2010 released tension.. pergi jalan-jalan Melaka sambil....mencari idaman hati....alhamdulillah..dapat. Dapat berkenalan dengan tuan punya kedai Setem kat Muzium Mr. Khoo Chee Wee..Lain kali boleh pergi lagi sambil menimba ilmu...
|
En. Khoo Chee Wee sedang memberi 'nasihat' |
.
Ada yang berkata hobi kumpul FDC dan setem ini ialah hobi budak-budak atau hobi ' mengantuk'. Bagi aku pendapat itu kurang tepat kerana rata-rata aku temui FDC Collector dan Stamp Collector berumur 30an ke atas...dan kebanyakannya 'tegar'. Terdapat juga kanak-kanak dan remaja, tapi secara 'tegar' dan 'profesional' kebanyakkan sudah berusia. Aku sendiri pun masih dianggap 'beginner'...Sebenar hobi ini aku dah mula sejak remaja lagi tapi disebabkan terbatasnya ruang masa dan ruang 'ongkos' , perjalanannya agak perlahan. Walaupun hobi ini nampak mudah dan senang...tapi sebenarnya perlukan kos yang agak 'lebih'...Kalau tak percaya boleh ajukan soalan ini kepada Stamp Collector atau kelab-kelab yang berkaitan.
|
Orchid - Kampuchea 1985 |
Bagi aku hobi ini tidak menggangu orang lain dan boleh mendapat banyak kenalan dan menghubungkan silaturrahim .Keseronokannya dan kepuasannya tidak dapat digambar dan diceritakan. Hanya jauhari mengenal manikam......
|
Kucing Domestik- Kampuchea 1985 |
apa perasaan abg bila memasuki muzium setem melaka?
BalasPadamcik aziz...teruja....
BalasPadamHobi mengantok? Tu gurauwan je kot En the collector..dulu sya lebih suka collect Wang kertas..tp sekarang dah jatuh cinta dgn setem lak..sbb setem2 yg sya ada ni lebih tua dari wang2 kertas yg sya ada..dan lebih mencabar he he
BalasPadam