Yashica MG-1
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Yashica MG-1 ialah sebuah kamera penilik julat 35 mm yang dilancarkan Yashica pada tahun 1975. Ini adalah kamera Yashica G yang telah diberi penambahbaikan dengan bukaan keutamaan dedahan cahaya automatik. Ia dijual bermula dari tahun 1975 hingga Disember 1986.Yashica MG-1 merupakan kamera yang kukuh. Ia dibuat sesuai untuk golongan berumur dan remaja. Ciri-ciri yang ada pada kamera ini membuatkan ia baik untuk penangkapan di luar dan di dalam sama ada untuk filem warna atau hitam putih. Tambahan pula ia tidak memerlukan kemahiran penggunaan kamera yang tinggi. Bahkan, ia menawarkan pengendalian paling halus pernah dihasilkan ketika itu.
Ciri:
- Jenis filem: 135 (35mm)
- Saiz gambar: 24mm x 36mm
- Kanta: Yashinon f/2.8 45mm, empat unsur dalam tiga kumpulan.
- Pengatup: Jenis daun dikawal elektronik dengan kelajuan boleh ubah terus-menerus daripada 1/500 saat kepada sekitar 2 saat; pemasa kendiri terbina dalam; pelekap hubungan X langsung. Kecepatan pengatup disetkan secara automatik pada 1/30 saat apabila tuil Auto boleh disesuaikan dengan tatacara denyar.
- Pemidang tilik: Bingkai tilik cerah dengan tanda pembetulan paralaks; menunjukkan anak panah penunjuk dedahan kuning dan merah.
- Meter dedahan: Kawalan dedahan 'Top-Eye' CDS automatik sepenuhnya; kelajuan pengatup tepat menjamin dedahan betul diperoleh secara automatik melalui pra pilihan simbol paparan (bukaan kanta); julat EV berkisar daripada EV2 ke 17 (ASA 100); lampu penunjuk dedahan dalam pemidang tilik dan atas kamera - kuning sebagai isyarat kelajuan pengatup rendah.
- Julat ASA: Daripada ASA 25; sampai 800.
- Pemara filem: Tuil pemara filem aksi tunggal memajukan bingkai dan mencekah pengatup.
- Bateri: Satu bateri merkuri 5.6V (Eveready E164, UCAR E 164, Mallory PX32 atau setara).
- Saiz dan Berat: 140.6 x 72 x 82 mm; ~620 g
Tiada ulasan:
Catat Ulasan