“Apa pun latar belakang kita, angan-angan dan impian kita hari ini boleh ditukar menjadi kenyataan”
30 November 2010
29 November 2010
THE COLLECTOR 12- KENANG-KENANGAN
Salam sejahtera , dalam entri ini The Collector akan papar sebuah kamera Yashica MG 1. Kamera ini The Collector perolehi dari Paman Salim ( bapa saudara isteri ku). Perinciannya di bawah ( Oleh Wikipedia)...nak jual....oh...tidak 'just for display only'....
Yashica MG-1 merupakan kamera yang kukuh. Ia dibuat sesuai untuk golongan berumur dan remaja. Ciri-ciri yang ada pada kamera ini membuatkan ia baik untuk penangkapan di luar dan di dalam sama ada untuk filem warna atau hitam putih. Tambahan pula ia tidak memerlukan kemahiran penggunaan kamera yang tinggi. Bahkan, ia menawarkan pengendalian paling halus pernah dihasilkan ketika itu.
Ciri:
Yashica MG-1
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, gelintar
Yashica MG-1 ialah sebuah kamera penilik julat 35 mm yang dilancarkan Yashica pada tahun 1975. Ini adalah kamera Yashica G yang telah diberi penambahbaikan dengan bukaan keutamaan dedahan cahaya automatik. Ia dijual bermula dari tahun 1975 hingga Disember 1986.Yashica MG-1 merupakan kamera yang kukuh. Ia dibuat sesuai untuk golongan berumur dan remaja. Ciri-ciri yang ada pada kamera ini membuatkan ia baik untuk penangkapan di luar dan di dalam sama ada untuk filem warna atau hitam putih. Tambahan pula ia tidak memerlukan kemahiran penggunaan kamera yang tinggi. Bahkan, ia menawarkan pengendalian paling halus pernah dihasilkan ketika itu.
Ciri:
- Jenis filem: 135 (35mm)
- Saiz gambar: 24mm x 36mm
- Kanta: Yashinon f/2.8 45mm, empat unsur dalam tiga kumpulan.
- Pengatup: Jenis daun dikawal elektronik dengan kelajuan boleh ubah terus-menerus daripada 1/500 saat kepada sekitar 2 saat; pemasa kendiri terbina dalam; pelekap hubungan X langsung. Kecepatan pengatup disetkan secara automatik pada 1/30 saat apabila tuil Auto boleh disesuaikan dengan tatacara denyar.
- Pemidang tilik: Bingkai tilik cerah dengan tanda pembetulan paralaks; menunjukkan anak panah penunjuk dedahan kuning dan merah.
- Meter dedahan: Kawalan dedahan 'Top-Eye' CDS automatik sepenuhnya; kelajuan pengatup tepat menjamin dedahan betul diperoleh secara automatik melalui pra pilihan simbol paparan (bukaan kanta); julat EV berkisar daripada EV2 ke 17 (ASA 100); lampu penunjuk dedahan dalam pemidang tilik dan atas kamera - kuning sebagai isyarat kelajuan pengatup rendah.
- Julat ASA: Daripada ASA 25; sampai 800.
- Pemara filem: Tuil pemara filem aksi tunggal memajukan bingkai dan mencekah pengatup.
- Bateri: Satu bateri merkuri 5.6V (Eveready E164, UCAR E 164, Mallory PX32 atau setara).
- Saiz dan Berat: 140.6 x 72 x 82 mm; ~620 g
28 November 2010
THE COLLECTOR 11- KENANG-KENANGAN
25 November 2010
THE COLLECTOR 1O- KEPUTUSAN PENILAIAN DARJAH 5 1978
Baru-baru in keputusan UPSR tleh diumumkan. Hasilnya amat memberangsangkan , mengikut apa yang disiarkan di dada-dada akhbar. The Collecttor ucapkan tahniah kepada yang mendapat keputusan yang cemerlang(5A 6A &7A). Bagi yang tidak cemerlang, ini bukanlah penhghujungnya, ini baru permulaan. Ada yang cemerlang UPSR "tetapi' hancur PMRnya. Ada anak kawan The Collector tidak dapat membaca dengan baik masa sekolah rendah dan tidak mendapat keputusan yang baik semasa UPSR tetapi dapat melanjutkan pelajaran di universiti dan sekarang bekerja di luar negara ( German) . Itulah yang sering diperkatakan kepada anak The Collector sendiri. Dia tidak mendapat 5A. Kecermerlangan itu sebenarnya tidak diukur dari keputusan peperiksaan atas kertas sahaja, tetapi boleh dilihat dari sudut pandang yang lain......cemerlang akhlaknya, cemerlang Qur'annya cemerlang kemahiran teknikalnya dan lain-lain.
Di bawah ini The Colllector paparkan keputusan peperiksaan Penilaian Darjah 5 tahun 1978. Pada masa itu ujian penilaian sekolah rendah dijalankan semasa darjah 5. Apa rasionalnya, hingga kini The Collector tidak tahu. Ini kena tanya Kementerian Pelajaran. Apa yang The Collector ingin nyatakan tentang keputusan penilaian darjah 5 ini ialah diera serba kekurangan ini, anak kampung seperti The Collector masih mampu mendapat 3A 1B dan 1C....di kampung yang tidak ada tuition, tidak kelas tambahan, tidak ada buku rujukan yang khas dan yang yang nyata kelemahan anak kampung seperti The Collector ialah Bahasa Inggeris. Namun Bahasa Inggeris dapat dipertingkatkan dengan sendirinya semasa di sekolah menengah dengan usaha gigih guru-guru ( Thank you Mr. Ong Kim Chia, Puan Norhayati....sekadar menyebut beberapa nama). Mana lebih hebat guru BI sekarang atau guru BI dahulu? Sama hebat.....Guru sekarang lebih canggih tapi......murid sekarang 'letih'....The Collector ambil mata pelajaran Sains Tulen dalam Bahasa Melayu, masuk Universiti ambil kimia dalam Bahasa Melayu, tapi semua buku dalam BI masih boleh lulus dan faham......tak perlu ajar dalam BI...dan sekarang pun BI The Collector rasanya lebih baik dari BI pelajar yang belajar sains dalam BI..
Ini dia keputusan Penialaian darjah 5 1978 ( The Collector punya le)....slip keputusan ditulis tangan dan menggunakan kertas cetak yang murah sahaja dan di tandatangani oleh guru besar.
Di bawah ini The Colllector paparkan keputusan peperiksaan Penilaian Darjah 5 tahun 1978. Pada masa itu ujian penilaian sekolah rendah dijalankan semasa darjah 5. Apa rasionalnya, hingga kini The Collector tidak tahu. Ini kena tanya Kementerian Pelajaran. Apa yang The Collector ingin nyatakan tentang keputusan penilaian darjah 5 ini ialah diera serba kekurangan ini, anak kampung seperti The Collector masih mampu mendapat 3A 1B dan 1C....di kampung yang tidak ada tuition, tidak kelas tambahan, tidak ada buku rujukan yang khas dan yang yang nyata kelemahan anak kampung seperti The Collector ialah Bahasa Inggeris. Namun Bahasa Inggeris dapat dipertingkatkan dengan sendirinya semasa di sekolah menengah dengan usaha gigih guru-guru ( Thank you Mr. Ong Kim Chia, Puan Norhayati....sekadar menyebut beberapa nama). Mana lebih hebat guru BI sekarang atau guru BI dahulu? Sama hebat.....Guru sekarang lebih canggih tapi......murid sekarang 'letih'....The Collector ambil mata pelajaran Sains Tulen dalam Bahasa Melayu, masuk Universiti ambil kimia dalam Bahasa Melayu, tapi semua buku dalam BI masih boleh lulus dan faham......tak perlu ajar dalam BI...dan sekarang pun BI The Collector rasanya lebih baik dari BI pelajar yang belajar sains dalam BI..
Ini dia keputusan Penialaian darjah 5 1978 ( The Collector punya le)....slip keputusan ditulis tangan dan menggunakan kertas cetak yang murah sahaja dan di tandatangani oleh guru besar.
22 November 2010
FDC for sale
BULAN JATUH KE RIBA
Hari ini The Collector terima satu sumbangan ikhlas dari seorang rakan. Bagi The Collector ia sangat bernilai sekali. Sebuah buku oleh Ali Napiah Hashim ; koleksi Setem, Filateli & Sampul Sutrat hari Pertama. Terbitan Delmu 1996. Rakan The Collector telah menghadiahkan buku tersebut kerana beliau tidak lagi mengumpul setem dan FDC( sudah lama tidak aktif). Terimakasih banyak, The Collector ucapkan pada beliau ( En.Ku Mahmood bin Miskam).
HIDUP KITA
Bertemu dan berpisah ialah adalah rencah dalam hidup kita. Kita akan mengalaminya sepanjang masa sehinggalah bercerai nyawa dari badan, itulah perpisahan terakhir kita. Saban tahun ada sahaja yang akan bertukar atau berpindah tempat kerja. Bagi The Collector, tahun ini merupakan tahun yang memberi kesan dihati. Dua sahabat baik The Collector akan berpindah.
En Mohd Ziani bin Idrus akan berpindah ke kampung halamannya di Tangkak. Tahniah diucapkan kerana bertahun telah memohon dan akhirnya berjaya pada tahun ini. Beliau akan berpindah ke SMK Parit Bunga.
Sepanjang beliau berada disini, banyak sumbangan yang telah diberikan untuk pembangunan sekolah. Merupakan diantara pengasas(Setiausaha) Koperasi Sekolah yang bermula dari ‘0’ hinggalah menjadi sebuah koperasi sekolah yang paling stabil dari segi kewangannya dan pentadbirannya. Merupakan ketua Panitia Sains yang telah bersama-sama menaikkan peratus pencapaian mata pelajaran Sains Teras SPM. Tidak lokek berkongsi ilmu, sering membantu ,berbudi pekerti mulia dan tutur katanya yang sopan. Seorang guru yang tidak kasar dan lembut bahasanya dengan pelajar mahupun rakan setugas. Sentiasa menjadi ‘backup’ kepada rakan setugas terutamanya dalam matapelajaran Sains Teras.
Selamat maju jaya diucapkan kepada beliau, semoga beliau akan terus berbakti dan mencapai kejayaan yang lebih cemerlang.
'MACHO'........ |
En Zaifulnizam bin Ahmad pula akan bertukar ke Melaka mengikut isterinya. Beliau merupakan seorang rakan yang ‘tak banyak cakap’, sangat menghormati guru senior. Panggilan Abang pada ku tidak pernah lekang dibibirnya. Rakan yang banyak membantuku dalam pengurusan pasukan olahraga sekolah semasa aku menjadi Pengurus. Beliau juga merupakan Pengurus Pasukan Sepak Takraw sekolah yang telah banyak menempa nama di peringkat daerah, negeri dan juga kebangsaan. Semoga beliau terus maju dan mendapat kejayaan yang cemerlang di sekolah barunya nanti. Perjalanannya masih jauh.
Kepada kedua sahabat, The Collector memohon jutaan maaf sekira terdapat kesalahan yang tersurat mahupun tersirat.Itu sudah adat…………HIdup Kita
11 November 2010
COLLECTOR 9 -FDC 1 MALAYSIA
Folder- muka belakang |
FDC |
9 November 2010
THE COLLECTOR 8 - FDC- VINTAGE
6 November 2010
JALAN -JALAN CARI SETEM......MELAKA
The Collector bersama isteri dalam Muzium Setem Melaka |
Hari ini 6.11.2010 released tension.. pergi jalan-jalan Melaka sambil....mencari idaman hati....alhamdulillah..dapat. Dapat berkenalan dengan tuan punya kedai Setem kat Muzium Mr. Khoo Chee Wee..Lain kali boleh pergi lagi sambil menimba ilmu...
En. Khoo Chee Wee sedang memberi 'nasihat' |
Ada yang berkata hobi kumpul FDC dan setem ini ialah hobi budak-budak atau hobi ' mengantuk'. Bagi aku pendapat itu kurang tepat kerana rata-rata aku temui FDC Collector dan Stamp Collector berumur 30an ke atas...dan kebanyakannya 'tegar'. Terdapat juga kanak-kanak dan remaja, tapi secara 'tegar' dan 'profesional' kebanyakkan sudah berusia. Aku sendiri pun masih dianggap 'beginner'...Sebenar hobi ini aku dah mula sejak remaja lagi tapi disebabkan terbatasnya ruang masa dan ruang 'ongkos' , perjalanannya agak perlahan. Walaupun hobi ini nampak mudah dan senang...tapi sebenarnya perlukan kos yang agak 'lebih'...Kalau tak percaya boleh ajukan soalan ini kepada Stamp Collector atau kelab-kelab yang berkaitan.
Orchid - Kampuchea 1985 |
Bagi aku hobi ini tidak menggangu orang lain dan boleh mendapat banyak kenalan dan menghubungkan silaturrahim .Keseronokannya dan kepuasannya tidak dapat digambar dan diceritakan. Hanya jauhari mengenal manikam......
Kucing Domestik- Kampuchea 1985 |
1 November 2010
THE COLLECTOR 7- RESIT SEWA RUMAH 1949
Satu dokumen yang susah didapati. Resit bayaran sewa rumah tahun 1949. Tulisan Jawi. Lengkap dengan tanda tangan , cap jari dan setem. Ada yang berminat....atau nak bid harganya RM60.00 siap dengan pos laju. Contact no.019-7246543
Langgan:
Catatan (Atom)