Pepatah inggeris megatakan “All work and no play makes Jack a dull boy." -- Don't be Jack, get a hobby!. Setiap dari kita mempunyai minat yang tertentu , tidak sama antara satu sama lain. Inilah yang dikatakan hobi. Hobi boleh mengelakkan kita menjadi ‘dull boy’ dan ia juga boleh meningkatkan kepuasan kendiri kita. Apabila kepuasan kendiri kita tercapai, ia boleh menjadi stimulus kepada kerja-kerja yang lain.
Koleksi FDC |
Memperluaskan ruang lingkup hobi dan minat juga membolehkan kita menemui perkara baru mengenainya. Bila kita dah minat, kita akan buat apa saja untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenainya dan sanggup berbelanja lebih.
koleksi FDC |
Lain padang, lain belalang ; lain orang lain hobinya.
The Collector mempunyai beberapa hobi, diantaranya ialah Sampul Surat Hari Pertama @ FDC(agak serius). Sampul Surat Hari Pertama merupakan sampul yang dikeluarkan pada hari yang sama setem peringatan dikeluarkan. Cop rasmi (tanda pos) hari pertama adalah berbeza dengan cop pembatalan biasa yang digunakan di pejabat pos pada hari-hari biasa.
Koleksi FDC |
The Collector memulakan hobi ini secara serius pada awal tahun 90an(mula bekerja dan ada gaji sendiri). Hingga kini The Collector mempunyai hampir 200 koleksi FDC. Disamping itu juga The Collector mempunyai koleksi Folder, Lembaran mini, Pek Cenderamata dan setem.
Diantara koleksi Folder |
Foder Khas Edisi Yang Dipertuan Agong. |
hobi yang berbaloi..
BalasPadam