“Cikgu kenapa tak boleh jawab soalan sains ni…, kenapa tak boleh score…..saya dah baca buku teks , dah baca buku rujukan dah hafal semua formula masih lagi tak boleh jawab, terutama kertas2. Macam ni susahle saya”. “Betulke awak dah baca semua?. Kan ada versi Bahasa Melayu kan..kalau kurang mahir dalam Bahasa Inggeris”.
Inilah perbualan biasa dengan pelajar. Setiap kali selepas peperiksaan samada pertengahan tahun, akhir tahun atau percubaan. Saban tahun cikgu menghadapi situasi begini. Sebenarnya ada beberapa faktor mengapa pelajar tidak dapat menjawab soalan Sains Teras terutamanya kertas 2. Faktor-faktor tersebut sering diperkatakan oleh penceramah motivasi seperti teknik belajar, pemakanan, tidur yang tak cukup, hubungan dengan ibubapa, guru dan Allah S.W.T.
Disini cikgu ingin nyatakan 2 (berkaitan dengan Sains Teras) faktor mengapa pelajar tidak dapat menjawab soalan Sains Teras dengan baik.
Kita ambil contoh pelajar yang ingin mengambil ujian memandu samada motosikal atau kereta . Bolehkah kita belajar memandu dan pakir dengan hanya membaca manualnya sahaja. Bayangkan anda membaca dan menghafal manual pemanduan kereta selama sebulan dan selapas itu pergi mengambil ujian tanpa berlatih memandu. Silap haribulan kita boleh menyebabkan kematian kepada penguji maupun kita sendiri. Ini sama juga dengan ahli-ahli sukan , pertandingan tanpa latihan(hanya membaca syarat dan manual pertandingan)tidak akan memberi makna apa-apa.
Perkara pokoknya ialah latihan. Pelajar seharusnya membuat latihan terutamanya soalan-soalan tahun lepas. Boleh mengikut bab demi bab (topical) . Biasakan menjawab soalan-soalan tahun lepas kerana bentuk soalan SPM sama setiap tahun. Kadang-kadang terdapat juga soalan yang diulang semula tetapi telah diubah suai.
Latihan ini pula mestilah disertai dengan tunjuk ajar dari guru. Ingat belajar tanpa guru boleh membawa kita menjadi sesat. Seringlah bertanya dengan guru tentang teknik menjawab yang betul, mudah cepat dan tepat. Carilah guru yang berpengalaman terutamanya yang biasa menanda kertas SPM atau menggubal soalan.
Seterusnya. jangan malas membaca soalan. Cikgu dapati ramai pelajar yang malas membaca soalan terutamanya apabila soalan itu terlalu panjang. Pelajar meninggalkan begitu sahaja soalan tersebut dan akhirnya mereka ‘tembak’ . Ini sering berlaku pada kertas 1. Bagi soalan kertas 2 , terdapat pelajar tidak membaca soalan utama. Pelajar terus sahaja menjawab soalan bahagian-bahagian kecil . Kebanyakkan maklumat terdapat dalam soalan utama.Bagi bahagian A(kertas 2) lebih 50% jawapan terdapat pada maklumat yang disertakan dalam soalan utama. Jangan terlalu gopoh. Baca soalan dengan teliti . Fahamilah kehendak soalan.
Inilah diantara punca-punca yang cikgu dapat kesan mengapa pelajar tidak dapat menjawab soalan sains dengan baik walaupun sudah belajar(membaca buku), menghafal dan sebagainya.
Terima kasih cikgu.
BalasPadamBagus cikgu punya penerangan.
Good job!