Baru-baru in keputusan UPSR tleh diumumkan. Hasilnya amat memberangsangkan , mengikut apa yang disiarkan di dada-dada akhbar. The Collecttor ucapkan tahniah kepada yang mendapat keputusan yang cemerlang(5A 6A &7A). Bagi yang tidak cemerlang, ini bukanlah penhghujungnya, ini baru permulaan. Ada yang cemerlang UPSR "tetapi' hancur PMRnya. Ada anak kawan The Collector tidak dapat membaca dengan baik masa sekolah rendah dan tidak mendapat keputusan yang baik semasa UPSR tetapi dapat melanjutkan pelajaran di universiti dan sekarang bekerja di luar negara ( German) . Itulah yang sering diperkatakan kepada anak The Collector sendiri. Dia tidak mendapat 5A. Kecermerlangan itu sebenarnya tidak diukur dari keputusan peperiksaan atas kertas sahaja, tetapi boleh dilihat dari sudut pandang yang lain......cemerlang akhlaknya, cemerlang Qur'annya cemerlang kemahiran teknikalnya dan lain-lain.
Di bawah ini The Colllector paparkan keputusan peperiksaan Penilaian Darjah 5 tahun 1978. Pada masa itu ujian penilaian sekolah rendah dijalankan semasa darjah 5. Apa rasionalnya, hingga kini The Collector tidak tahu. Ini kena tanya Kementerian Pelajaran. Apa yang The Collector ingin nyatakan tentang keputusan penilaian darjah 5 ini ialah diera serba kekurangan ini, anak kampung seperti The Collector masih mampu mendapat 3A 1B dan 1C....di kampung yang tidak ada tuition, tidak kelas tambahan, tidak ada buku rujukan yang khas dan yang yang nyata kelemahan anak kampung seperti The Collector ialah Bahasa Inggeris. Namun Bahasa Inggeris dapat dipertingkatkan dengan sendirinya semasa di sekolah menengah dengan usaha gigih guru-guru ( Thank you Mr. Ong Kim Chia, Puan Norhayati....sekadar menyebut beberapa nama). Mana lebih hebat guru BI sekarang atau guru BI dahulu? Sama hebat.....Guru sekarang lebih canggih tapi......murid sekarang 'letih'....The Collector ambil mata pelajaran Sains Tulen dalam Bahasa Melayu, masuk Universiti ambil kimia dalam Bahasa Melayu, tapi semua buku dalam BI masih boleh lulus dan faham......tak perlu ajar dalam BI...dan sekarang pun BI The Collector rasanya lebih baik dari BI pelajar yang belajar sains dalam BI..
Ini dia keputusan Penialaian darjah 5 1978 ( The Collector punya le)....slip keputusan ditulis tangan dan menggunakan kertas cetak yang murah sahaja dan di tandatangani oleh guru besar.
“Apa pun latar belakang kita, angan-angan dan impian kita hari ini boleh ditukar menjadi kenyataan”
Memaparkan catatan dengan label Bicara minda. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bicara minda. Papar semua catatan
25 November 2010
22 November 2010
HIDUP KITA
Bertemu dan berpisah ialah adalah rencah dalam hidup kita. Kita akan mengalaminya sepanjang masa sehinggalah bercerai nyawa dari badan, itulah perpisahan terakhir kita. Saban tahun ada sahaja yang akan bertukar atau berpindah tempat kerja. Bagi The Collector, tahun ini merupakan tahun yang memberi kesan dihati. Dua sahabat baik The Collector akan berpindah.
En Mohd Ziani bin Idrus akan berpindah ke kampung halamannya di Tangkak. Tahniah diucapkan kerana bertahun telah memohon dan akhirnya berjaya pada tahun ini. Beliau akan berpindah ke SMK Parit Bunga.
Sepanjang beliau berada disini, banyak sumbangan yang telah diberikan untuk pembangunan sekolah. Merupakan diantara pengasas(Setiausaha) Koperasi Sekolah yang bermula dari ‘0’ hinggalah menjadi sebuah koperasi sekolah yang paling stabil dari segi kewangannya dan pentadbirannya. Merupakan ketua Panitia Sains yang telah bersama-sama menaikkan peratus pencapaian mata pelajaran Sains Teras SPM. Tidak lokek berkongsi ilmu, sering membantu ,berbudi pekerti mulia dan tutur katanya yang sopan. Seorang guru yang tidak kasar dan lembut bahasanya dengan pelajar mahupun rakan setugas. Sentiasa menjadi ‘backup’ kepada rakan setugas terutamanya dalam matapelajaran Sains Teras.
Selamat maju jaya diucapkan kepada beliau, semoga beliau akan terus berbakti dan mencapai kejayaan yang lebih cemerlang.
| 'MACHO'........ |
En Zaifulnizam bin Ahmad pula akan bertukar ke Melaka mengikut isterinya. Beliau merupakan seorang rakan yang ‘tak banyak cakap’, sangat menghormati guru senior. Panggilan Abang pada ku tidak pernah lekang dibibirnya. Rakan yang banyak membantuku dalam pengurusan pasukan olahraga sekolah semasa aku menjadi Pengurus. Beliau juga merupakan Pengurus Pasukan Sepak Takraw sekolah yang telah banyak menempa nama di peringkat daerah, negeri dan juga kebangsaan. Semoga beliau terus maju dan mendapat kejayaan yang cemerlang di sekolah barunya nanti. Perjalanannya masih jauh.
Kepada kedua sahabat, The Collector memohon jutaan maaf sekira terdapat kesalahan yang tersurat mahupun tersirat.Itu sudah adat…………HIdup Kita
22 Oktober 2010
CIKGU TOLONG.......MACAM MANA NI NAK KENAL PEMBOLEH UBAH
Salam sejahtera cikgu ucapkan kepada semua. Peperiksaan SPM makin hampir, begitu juga dengan peperiksaan akhir tahun. Ada sesetengah sekolah di daerah atau negeri telah pun memeulakan peperiksaan akhir tahun. Di sini cikgu ingin berkongsi sedikit tips bagaimana untuk menjawab soalan kertas 2 Bahagian A. Dalam ' part 1 ' cikgu menerangkan bagaimana mengenalpasti pembolehubah yang terdapat pada soalan. Ingat jawapan dalam bahagian A ini 50% terdapat pada soalan itu sendiri. Untuk itu, sila klik pautan dibawah.
Teknik menjawab bhg A kertas 2 Sains Teras.pdf
Cikgu ucapkan selamat menghadapi peperiksaan dan selamat berjaya.
20 Oktober 2010
CIKGU KENAPA TAK BOLEH JAWAB SOALAN SAINS TERAS NI...TAK BOLEH SCORE...?......
“Cikgu kenapa tak boleh jawab soalan sains ni…, kenapa tak boleh score…..saya dah baca buku teks , dah baca buku rujukan dah hafal semua formula masih lagi tak boleh jawab, terutama kertas2. Macam ni susahle saya”. “Betulke awak dah baca semua?. Kan ada versi Bahasa Melayu kan..kalau kurang mahir dalam Bahasa Inggeris”.
Inilah perbualan biasa dengan pelajar. Setiap kali selepas peperiksaan samada pertengahan tahun, akhir tahun atau percubaan. Saban tahun cikgu menghadapi situasi begini. Sebenarnya ada beberapa faktor mengapa pelajar tidak dapat menjawab soalan Sains Teras terutamanya kertas 2. Faktor-faktor tersebut sering diperkatakan oleh penceramah motivasi seperti teknik belajar, pemakanan, tidur yang tak cukup, hubungan dengan ibubapa, guru dan Allah S.W.T.
Disini cikgu ingin nyatakan 2 (berkaitan dengan Sains Teras) faktor mengapa pelajar tidak dapat menjawab soalan Sains Teras dengan baik.
Kita ambil contoh pelajar yang ingin mengambil ujian memandu samada motosikal atau kereta . Bolehkah kita belajar memandu dan pakir dengan hanya membaca manualnya sahaja. Bayangkan anda membaca dan menghafal manual pemanduan kereta selama sebulan dan selapas itu pergi mengambil ujian tanpa berlatih memandu. Silap haribulan kita boleh menyebabkan kematian kepada penguji maupun kita sendiri. Ini sama juga dengan ahli-ahli sukan , pertandingan tanpa latihan(hanya membaca syarat dan manual pertandingan)tidak akan memberi makna apa-apa.
Perkara pokoknya ialah latihan. Pelajar seharusnya membuat latihan terutamanya soalan-soalan tahun lepas. Boleh mengikut bab demi bab (topical) . Biasakan menjawab soalan-soalan tahun lepas kerana bentuk soalan SPM sama setiap tahun. Kadang-kadang terdapat juga soalan yang diulang semula tetapi telah diubah suai.
Latihan ini pula mestilah disertai dengan tunjuk ajar dari guru. Ingat belajar tanpa guru boleh membawa kita menjadi sesat. Seringlah bertanya dengan guru tentang teknik menjawab yang betul, mudah cepat dan tepat. Carilah guru yang berpengalaman terutamanya yang biasa menanda kertas SPM atau menggubal soalan.
Seterusnya. jangan malas membaca soalan. Cikgu dapati ramai pelajar yang malas membaca soalan terutamanya apabila soalan itu terlalu panjang. Pelajar meninggalkan begitu sahaja soalan tersebut dan akhirnya mereka ‘tembak’ . Ini sering berlaku pada kertas 1. Bagi soalan kertas 2 , terdapat pelajar tidak membaca soalan utama. Pelajar terus sahaja menjawab soalan bahagian-bahagian kecil . Kebanyakkan maklumat terdapat dalam soalan utama.Bagi bahagian A(kertas 2) lebih 50% jawapan terdapat pada maklumat yang disertakan dalam soalan utama. Jangan terlalu gopoh. Baca soalan dengan teliti . Fahamilah kehendak soalan.
Inilah diantara punca-punca yang cikgu dapat kesan mengapa pelajar tidak dapat menjawab soalan sains dengan baik walaupun sudah belajar(membaca buku), menghafal dan sebagainya.
18 Oktober 2010
MARI MAIN KUTU.......
Kutu ?...............bukan kutu kepala tapi sejenis program simpan duit mengikut giliran.....kadang- kadang...bukan duit, boleh juga periuk nasi, alat elektrik dan macam-macam lagi. Dalam program ini tiada surat perjanjian peguam atau sebagainya, hanya janji ikhlas dan amanah sahaja diperlukan. The Collecter menulis artikel ini kerana kawan The Collector bertanya " amacam tahun depan main lagi tak kutu,...nak upgrade lagi ke....".The Collector senyum sahaja...." main kutu haram" jawab The Collector......" Hoi mana belajar ni main kutu haram, mana ada ambik untung pun, riba pun tak ada. Kita tolong-menolong kawan-kawan" tingkah kawan The Collector." Engkau tak tahu ke,?, undang-undang Malaysia la....dah lama isu ni... " sambut The collector.
Mengikut Pengarah Kanan Penguatkuasaan, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Muhd. Redzuan Abdullah berkata, kegiatan itu dilarang mengikut Akta (Larangan) Kumpulan Wang Kutu 1971.
“Pelaburan itu sama sekali tidak dibenarkan memandangkan ia menimbulkan kekhuatiran berlaku penyelewengan yang akan merugikan pelaburnya.
“Skim kutu diharamkan. Jika sabit kesalahan individu terbabit bakal berhadapan dengan hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya sekali mengikut Seksyen 3 akta yang sama,”
The Collector masih ingat lagi, emak bermain kutu sejak tahun 70an lagi dan sekarang masih lagi bermain kutu. Katanya dah 'up grade'. Tak pernah ada masalahpun dan prinsip yang dipegang ialah amanah dan kerana Allah. .Maknanya penganjur yang ada kat kampung tu boleh dikenakan tindakan undang-undang yang sama, walaupun kutipannya mungkin RM 30 sebulan..... masuk penjara le makcik- makcik kat sana tu......
The Collector tak nak masuk penjara.....dek kerana main kutu..tak berbaloi..kita kena patuh pada undang-undang negara... tapi ambil duit faedah bank....boleh....Sambil berbisik kawan The Collector mengajak meneruskan main kutu tahun hadapan..." Road Tax kereta mati bulan Februari 2011" katanya.The Collector hanya tersenyum..tanpa menyahut.

4 Oktober 2010
ISU PEMBERIAN WANG HARAM
Minggu lepas kita dihidangkan dengan berita warga emas Negeri Pulau Pinang memulangkan wang ekhsan kerajaan negeri. The Collector tak pandai nak kupas isu ini tapi disini The Collector was-was juga tentang wang 'sponsor' , imbuhan-imbuhan yang berbentuk hadiah , makanan dan sebagainya yang mempunyai niat disebaliknya. Adakah sumber ini pasti betul- betul halal atau 'sewaktu' dengannya.
Disini The Collector postkan pendapat Ustaz Shauqi dalam blognya dan pendapat Ustaz Dr.Maza yang bersandarkan Qur'an , hadis dan fatwa.
Warga emas yang memulangkan wang yang diberikan kepada mereka oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang bertindak mengikut kejahilan yang didokong pula oleh mereka yang jahil. Sebelum buat sesuatu, sepatutnya merujuk terlebih dahulu kepada orang yang berilmu. Sila lihat keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan mengenai hal ini :-
1. Seseorang yang menerima wang dari pihak yang lain hendaklah memastikan atas traksaksi apa wang itu diterima. Adapun urusan sebelum itu, yang tidak membabitkan diri penerima, maka itu tidak pertanggungjawabkan kesalahan itu ke atas penerima tersebut.
Umpamanya, kakitangan kerajaan yang bekerja dalam urusan yang halal dan mendapat gaji, maka gaji itu halal. Sekalipun kemungkinan sumber kerajaan dalam membayar gaji itu diambil dari kegiatan yang haram seperti perjudian atau arak atau seumpamanya. Ini kerana urusan haram itu tidak membabitkan diri penerima gaji berkenaan dan gaji itu diterima atas kerjanya yang halal, bukan aktiviti yang haram.
2. Hal yang sama, jika seseorang berhutang kepada kita, lalu dia datang membayar dari hasil wang haram yang diperolehinya seperti menang loteri. Kita halal mengambil hutang kita sekalipun dia bayar dari wang loteri berkenaan. Ini kerana yang haram ialah pemindahan wang dari syarikat loteri kepada yang berhutang, iaitu atas asas judi. Sedangkan pemindahan wang tersebut kepada kita, atas asas membayar hutang, yang tiada kaitan dengan judi.
Begitu juga, jika pengurus bank riba, atau taukeh judi atau taukeh arak datang ke kedai kita dan membeli barang atau makanan, halal kita menerima wang yang mereka bayar. Ini kerana wang itu diterima atas dasar jual beli, bukan judi, atau riba atau arak. Kegiatan yang salah ditanggung dosanya oleh pelakunya, sedang yang menjual barang halal kepada mereka tidak terlibat.
3. Asas dalam hal ini disebut oleh al-Quran (maksudnya):
Begitu juga –seperti riwayat al-Bukhari- baginda pernah menggadai baju besi kepada Yahudi dan mengambil gandum untuk keluarga baginda. Baginda juga menerima jemputan makan roti bali dan minyak yang sudah berubah baunya dari seorang yahudi. Ini seperti dalam riwayat al-Bukhari, Ahmad, al-Tirmizi dan lain-lain.
5. Rasulullah s.a.w tidak boleh memakan sedekah. Ini adalah hukum untuk baginda dan Ahlul Bait. Suatu hari Barirah bekas hamba ‘Aisyah telah mendapat sedekah daging. Apabila daging itu dihidangkan kepada Nabi s.a.w, lalu baginda diberitahu bahawa daging tersebut adalah sedekah kepada Barirah. Baginda menjawab:
6. Seorang lelaki bertanya kepada Abdulllah bin Mas’ud:
10. Walaupun harta atau pemberian dari harta yang haram itu boleh diambil, tetapi jika dengan pemberian itu menunjukkan secara jelas sikap bersekongkol dengan dosa maka ia diharamkan kerana redha dengan maksiat. Ini seperti seseorang membelanja makan dengan wang judi sempena kemenangan judinya. Atau dia mempromosi syarikat judi tersebut secara jelas dengan cara memberi bantuan, maka haram bersekongkol dengan kemaksiatan seperti itu.
11. Maka fakir miskin yang mendapat bantuan kerajaan atau pihak lain dari sumber yang asalnya haram, mereka HALAL menerimanya dan tidak perlu dikembalikan. Dengan syarat mereka tidak terlibat secara langsung dalam mempromosikan aktiviti haram seperti perjudian dan arak.
Maka fikirlah dengan mata hati berlandaskan Quran dan Hadis..... tepuk dada tanya iman....
Disini The Collector postkan pendapat Ustaz Shauqi dalam blognya dan pendapat Ustaz Dr.Maza yang bersandarkan Qur'an , hadis dan fatwa.
Warga emas yang memulangkan wang yang diberikan kepada mereka oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang bertindak mengikut kejahilan yang didokong pula oleh mereka yang jahil. Sebelum buat sesuatu, sepatutnya merujuk terlebih dahulu kepada orang yang berilmu. Sila lihat keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan mengenai hal ini :-
Penyaluran Harta Tidak Patuh Syariah Ke Baitulmal Dan Institusi Islam Lain
Keputusan:
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-87 yang bersidang pada 23 – 25 Jun 2009 telah membincangkan Hukum Penyaluran Harta Tidak Patuh Syariah Ke Baitulmal Dan Institusi Islam Lain. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
Di dalam Islam harta-harta yang diperolehi dengan cara yang tidak mematuhi syariah seperti riba, gharar, perjudian, penipuan, rompakan, rampasan, rasuah dan seumpamanya adalah haram dan tidak boleh digunakan untuk manafaat dan kepentingan diri sendiri serta perlu dibersihkan melalui kaedah-kaedah berikut:
- Diserah kepada Baitulmal untuk maslahah-maslahah umum umat Islam seperti membiayai pembinaan atau penyelenggaraan jambatan, jalan, tandas dan seumpamanya;
- Diserah kepada golongan fakir miskin; atau
- Jika harta tersebut merupakan harta rompak, curi dan seumpamanya, maka harta tersebut perlu diserahkan semula kepada pemiliknya. Jika pemiliknya telah meninggal dunia atau tidak dapat dijumpai, maka harta tersebut mestilah dikembalikan kepada ahli warisnya. Sekiranya tidak dapat diketahui pemilik atau ahli waris pemilik, maka harta tersebut hendaklah diserahkan kepada Baitulmal.
Keterangan/Hujah:
- Imam al-Nawawi di dalam kaedah penyelesaian harta haram telah menukilkan pandangan al-Ghazali yang menyatakan jika seseorang lelaki itu memiliki harta haram dan hendak bertaubat serta melepaskan tanggungan daripada harta haram tersebut, maka harta tersebut mestilah diserahkan kepada pemiliknya atau wakil pemilik tersebut. Sekiranya pemilik tersebut telah meninggal dunia, berkewajipan untuk menyerahkan kepada ahli warisnya. Sekiranya pemilik harta tersebut tidak dapat dikenal pasti, maka harta tersebut mestilah diserah (dibelanjakan) kepada maslahah-maslahah umum umat Islam seperti (membiayai pembinaan atau menyelenggara) jambatan, masjid-masjid, dan seumpamanya yang bersangkut-paut dengan urusan orang Islam. Sekiranya tidak digunakan untuk tujuan kemaslahatan umat Islam, harta haram tersebut diserahkan kepada golongan fakir.
- Sheikh Prof. Dr. Yusuf al-Qaradhawi ketika ditanya bagaimana mengurus faedah yang terkumpul di dalam bank konvensional, sama ada hanya perlu dibiarkan sahaja berada di dalam bank konvensional tersebut atau sebaliknya, telah menyatakan bahawa:
a. Faedah-faedah bank yang terkumpul hukumnya adalah sama seperti harta- harta lain yang diperolehi melalui jalan yang haram.
b. Tidak harus seseorang menggunakannya (wang faedah) tersebut kerana tindakan menggunakan wang tersebut adalah termasuk di dalam kategori memakan harta yang diperolehi melalui jalan kezaliman. Tidak boleh dimanfaatkan melalui jalan makanan, minuman, tempat tinggal, membayar cukai dan seumpamanya.
c. Meninggalkan wang faedah itu di dalam bank konvensional adalah haram secara muktamad. Dasar ini telah dipersetujui di dalam Muktamar Bank Islam Kedua di Kuwait oleh ulama’ secara ijma’. Tindakan tersebut hanya akan mengukuhkan lagi ekonomi bank riba dan dikira sebagai menolong dalam urusan maksiat. Menolong perkara yang haram adalah haram.
Sumber: (http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/penyaluran-harta-tidak-patuh-syariah-ke-baitulmal-dan-institusi-islam-lain)
Posted by Ustaz Shauqi Othman .Hukum Mengambil Pemberian Dari Sumber Yang Haram
dipostkan oleh dr.MAZA dalam Minda Tajdid
Menjawap soalan Saudara Mazlan dari Pulau Pinang
Perkara yang penting dalam traksaksi kewangan dan sebagainya, seseorang hendaklah tahu atas asas apa traksaksi itu dibuat. Maksudnya, dia mesti jelas wang atau barang yang diterimanya atas dasar apa. Jika yang diterimanya itu atas penjualan arak yang dia lakukan, atau judi yang dia terlibat atau riba yang berurusan dengannya, atau pelacuran yang terbabit maka ia haram. Jika ia terima atas jual beli, atau bayaran hutang, bantuan, atau pemberian atau hadiah yang dia tidak terbabit dengan urusan kegiatan haram, maka ia pada asalnya adalah halal. Sebagai pendetilannya, saya sebutkan beberapa perkara berikut;
Umpamanya, kakitangan kerajaan yang bekerja dalam urusan yang halal dan mendapat gaji, maka gaji itu halal. Sekalipun kemungkinan sumber kerajaan dalam membayar gaji itu diambil dari kegiatan yang haram seperti perjudian atau arak atau seumpamanya. Ini kerana urusan haram itu tidak membabitkan diri penerima gaji berkenaan dan gaji itu diterima atas kerjanya yang halal, bukan aktiviti yang haram.
2. Hal yang sama, jika seseorang berhutang kepada kita, lalu dia datang membayar dari hasil wang haram yang diperolehinya seperti menang loteri. Kita halal mengambil hutang kita sekalipun dia bayar dari wang loteri berkenaan. Ini kerana yang haram ialah pemindahan wang dari syarikat loteri kepada yang berhutang, iaitu atas asas judi. Sedangkan pemindahan wang tersebut kepada kita, atas asas membayar hutang, yang tiada kaitan dengan judi.
Begitu juga, jika pengurus bank riba, atau taukeh judi atau taukeh arak datang ke kedai kita dan membeli barang atau makanan, halal kita menerima wang yang mereka bayar. Ini kerana wang itu diterima atas dasar jual beli, bukan judi, atau riba atau arak. Kegiatan yang salah ditanggung dosanya oleh pelakunya, sedang yang menjual barang halal kepada mereka tidak terlibat.
3. Asas dalam hal ini disebut oleh al-Quran (maksudnya):
“dan tiadalah (kejahatan) yang diusahakan oleh sesuatu jiwa (seorang) melainkan dialah yang menanggung dosanya; dan seseorang yang boleh memikul tidak akan memikul dosa orang lain”. (Surah al-An’am, ayat 164)4. Dalil yang menunjukkan kenyataan ini, ialah amalan Nabi s.a.w di mana baginda menerima pemberian wanita Yahudi di Khaibar yang menghadiahkan baginda kambing, baginda memakannya. Ini seperti yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim. Walaupun Yahudi terkenal dengan penipuan, riba dan rasuah tetapi baginda tetap menerima hadiah mereka.
Begitu juga –seperti riwayat al-Bukhari- baginda pernah menggadai baju besi kepada Yahudi dan mengambil gandum untuk keluarga baginda. Baginda juga menerima jemputan makan roti bali dan minyak yang sudah berubah baunya dari seorang yahudi. Ini seperti dalam riwayat al-Bukhari, Ahmad, al-Tirmizi dan lain-lain.
5. Rasulullah s.a.w tidak boleh memakan sedekah. Ini adalah hukum untuk baginda dan Ahlul Bait. Suatu hari Barirah bekas hamba ‘Aisyah telah mendapat sedekah daging. Apabila daging itu dihidangkan kepada Nabi s.a.w, lalu baginda diberitahu bahawa daging tersebut adalah sedekah kepada Barirah. Baginda menjawab:
“Untuk dia sedekah, untuk kita hadiah” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).Maksudnya, daging itu disedekah kepada Barirah, kemudian Barirah menghadiahkan kepada Nabi s.a.w. Jika ia disedekah kepada Nabi s.a.w, baginda tidak boleh makan. Walaupun asalnya sedekah, tetapi baginda menerima dari Barirah atas asas hadiah, maka halal untuk baginda. Di sini menunjukkan yang diambil kira transaksi antara pemberi dan penerima, bukan yang sebelum itu.
6. Seorang lelaki bertanya kepada Abdulllah bin Mas’ud:
“Aku ada jiran yang memakan riba dan dia selalu menjemputku makan”. Jawab ‘Abdullah bin Mas’ud: “Engkau dapat makan, dosa ditanggung olehnya”. (Musannaf ‘Abd al-Razzaq, bil: 14675).Dalam riwayat al-Baihaqi,
seseorang bertanya Ibn ‘Umar bahawa beliau ada jiran yang memakan riba atau mempunyai pekerjaan yang haram, kadang-kala dia jemput makan, bolehkah hadir?. Jawab Ibn ‘Umar: “Ya” (al-Sunan al-Kubra, bil: 11138).7. Al-Syeikh al-‘Allamah Muhammad Solih ibn al-Uthaimin r.h pernah ditanya mengenai hukum nafkah yang diterima oleh isteri dan anak dari suami yang terlibat dengan bank riba, apakah mereka boleh mengambilnya. Beliau menjawab:
“Ambillah nafkah itu dari bapa kamu. Kamu mendapat kenikmatan, dia pula mendapat dosa. Ini kerana kamu mengambil nafkah tersebut secara berhak. Harta padanya, dan kamu tiada harta. Kamu mengambilkan dengan cara yang benar. Sekalipun kesalahan, balasan dan dosa ke atas bapa kamu, jangan kamu gusar. Nabi s.a.w pun menerima hadiah dari yahudi, memakan makanan yahudi, membeli dari yahudi sedangkan yahudi terkenal dengan riba dan harta haram, tetapi Rasulullah s.a.w memakannya dengan jalan yang halal. Maka, jika seseorang memilikinya dengan jalan yang halal, maka tidak mengapa” (http://www.estgama.net/estgama_mag/full.php?id=82).8. Dr Yusuf al-Qaradawi ketika ditanya mengenai wang riba ke mana patut disalurkan, beliau menyebut antaranya:
“Sebenarnya, wang tersebut keji (haram) jika nisbah kepada orang mendapatkan secara tidak halal, tetapi ia baik (halal) untuk fakir miskin dan badan-badan kebajikan…(penyelesaiannya) disalurkan ke badan-badan kebajikan iaitu fakir miskin, anak-anak yatim, orang terputus perjalanan, institusi-institusi kebajikan islam, dakwah dan kemasyarakatan..” (al-Fatawa al-Mu’asarah 2/411, Beirut: Dar Ulil Nuha).9. Namun diharamkan jika membabitkan kezaliman secara jelas kepada pihak lain (hak al-‘ibad) yang mana dengan kita mengambil, akan ada yang teraniaya tanpa rela, seperti harta curi dan rompakan. Sabda Nabi s.a.w:
“Allah tidak terima solat tanpa bersuci, dan sedekah dari pengkhianat” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).Ini kerana penerimaan ini akan menyebabkan pihak yang sedang menuntut atau mencari hartanya yang dirampas atau dicuri terzalim. Melainkan pihak yang dizalimi itu redha. Jika dia menuntut, wajib dikembalikan kepadanya.
10. Walaupun harta atau pemberian dari harta yang haram itu boleh diambil, tetapi jika dengan pemberian itu menunjukkan secara jelas sikap bersekongkol dengan dosa maka ia diharamkan kerana redha dengan maksiat. Ini seperti seseorang membelanja makan dengan wang judi sempena kemenangan judinya. Atau dia mempromosi syarikat judi tersebut secara jelas dengan cara memberi bantuan, maka haram bersekongkol dengan kemaksiatan seperti itu.
11. Maka fakir miskin yang mendapat bantuan kerajaan atau pihak lain dari sumber yang asalnya haram, mereka HALAL menerimanya dan tidak perlu dikembalikan. Dengan syarat mereka tidak terlibat secara langsung dalam mempromosikan aktiviti haram seperti perjudian dan arak.
Maka fikirlah dengan mata hati berlandaskan Quran dan Hadis..... tepuk dada tanya iman....
2 Oktober 2010
NASIB MASJID BABRI
LUCKNOW: Sebuah mahkamah di sini semalam memutuskan tapak Masjid Babri yang mencetuskan sengketa agama antara umat Islam dengan penganut Hindu di seluruh India beberapa tahun lalu perlu dibahagi antara kedua-dua kumpulan itu.
Bagaimanapun, kedua-dua kumpulan berkenaan berkata, mereka akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan itu di Mahkamah Agung.
Mahkamah Tinggi Allahabad dalam keputusannya berkata, kawasan seluas 64 ekar itu perlu dibahagian dengan masyarakat Islam menguasai sepertiga daripadanya sementara dua kumpulan Hindu berkongsi dua pertiga lagi kawasan itu, kata seorang peguam yang mewakili kumpulan Hindu, Ravi Shankar Prasad.
Tiga hakim yang membuat keputusan itu membenarkan masyarakat Hindu mengekalkan satu kawasan yang kini menempatkan sebuah kuil kecil sementara.
“Majoriti hakim memutuskan kuil sementara itu adalah tempat lahirnya Rama dan ia tidak boleh dipindahkan,” kata Prasad.
Mahkamah turut memutuskan status kawasan itu ketika ini perlu diteruskan selama tiga bulan lagi bagi membolehkan tanah itu diukur dan dibahagikan.
Keputusan mengiktiraf kawasan berkenaan sebagai tempat kelahiran Rama menggmbirakan masyarakat Hindu tetapi mereka akan mengemukakan rayuan di Mahkamah Agung kerana membantah keputusan memberikan sebaagian kawasan itu kepada umat Islam.
“Mahkamah menghormati kepercayaan Hindu tetapi kami akan berusaha mendapatkan bahagian yang diberikan kepada umat Islam,” kata seorang pemimpin kumpulan Hindu, Nritya Gopaldas Maharaj.
Dalam pada itu, peguam Jawatankuasa Tindakan masjid Babri, Zafaryab Jilani juga berkata, beliau akan mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Agung berhubung keputusan berkenaan.
“Mahkamah menerima hakikat bahawa memang wujud sebuah masjid di kawasan itu tetapi kami tidak akan menerima formula satu pertiga itu,” katanya kepada wartawan. - Reuters
Kita berharap sangat peristiwa ini tidak akan berlaku di negara kita .Walau bagaimanpun pihak -pihak berwajib perlulah mengawal dan mengambil tindakan segera keatas isu-isu yang menyentuh sensitiviti agama . Hari ini telah banyak contoh kita lihat dan kalau ini terus dibiarkan Peristiwa Masjid Babri ini mungkin berlaku, mungkin lebih dari itu... renung dan fikirkanlah...........
28 September 2010
CIKGU KITA......
Guru sudah jadi kerani
Oleh Mohd Rifaat Abd Hamid
2010/09/26
2010/09/26
BESARNYA cabaran dan tanggungjawab dipikul guru masa kini menimbulkan pertikaian di kalangan masyarakat adakah golongan itu mampu melaksanakan amanah dengan sempurna.
FAHAMI MEREKA...ambillah tahu mengenai kesukaran guru supaya mereka rasa dihargai.
PENUH DUGAAN...mengajar pelajar sudah cukup mencabar, guru tidak wajar dibebankan lagi dengan tugasan sampingan remeh sebaliknya fokus pada tanggungjawab hakiki.Bukan sekadar mendidik, pelbagai tuntutan kerjaya tidak sepatutnya kini mereka galas menjadikan tumpuan terhadap proses penjanaan dan pembelajaran ilmu terjejas.
Lebih menyedihkan, golongan itu turut menjadi sasaran kecaman masyarakat jika gagal melahirkan pelajar cemerlang akademik dan sahsiah diri menyebabkan guru semakin terdesak serta tertekan.
Apakah benar peranan guru sebagai sumber pemangkin ilmu semakin terhakis sebaliknya menjadi golongan itu diperkotak katikkan hingga mereka dalam dilema. Pengerusi Kesatuan Kebangsaan Guru-Guru Lepasan Maktab Semenanjung Malaysia Cawangan Kedah, Anuar Husin, berkata golongan guru hari ini bukan sekadar memegang tanggungjawab sebagai pendidik malah anggota masyarakat secara keseluruhan.
Menurutnya, cabaran utama bukan lagi menyalurkan ilmu kepada pelajar sebaliknya turut mendidik masyarakat melalui peranan di luar waktu persekolahan sekali gus memberi bebanan dalam melaksanakan tumpuan dan tanggungjawab sebenar.
"Dalam perguruan, tugas hakiki adalah mengajar, malangnya guru masa kini dilambakkan dengan pelbagai tanggungjawab sukar dan mencabar. Mereka bukan sekadar guru tapi turut mendidik masyarakat secara keseluruhan.
"Malangnya masyarakat bersikap sambil lewa dan enggan bersama memikul tanggungjawab mendidik menyebabkan mereka semakin tertekan. Guru juga dihimpunkan pelbagai tugasan tidak sepatutnya seperti perkeranian.
"Justeru, bagaimana mahu menumpukan perhatian pada tugasan? Masyarakat hanya tahu memberi tekanan tapi enggan membantu," katanya.
Bukan isu baru guru terpaksa memikul pelbagai tanggungjawab remeh yang menuntut pengorbanan masa, antaranya mengurus dan mengemaskini sistem maklumat pelajar (Emis), sistem salah laku, pendaftaran, yuran, mengurus kumpulan wang amanah pelajar miskin (KWAPM), rancangan makanan dan susu tambahan.
Memburukkan keadaan, mereka terpaksa berhempas pulas menghabiskan sukatan pengajaran kerana dihantar berkursus selain pembelajaran tergendala.
Mengulasnya, Anuar berkata waktu persekolahan padat serta pelbagai perancangan dibuat menjadikan waktu guru semakin terhad hingga menyukarkan proses pembelajaran berjalan lancar.
"Sungguhpun tugasan sampingan tidak sukar, banyak waktu terbuang. Guru sering merungut kerana terlalu terikat dengan pelbagai tuntutan menyebabkan proses pembelajaran tergendala.
"Ia bukan remeh dan perlu diberi perhatian kerana bersangkut paut pencapaian pelajar masa depan. Guru sentiasa dipersalahkan jika pelajar gagal.
"Masyarakat pula mahukan kecemerlangan tapi enggan memahami. Apabila guru gagal menyempurnakannya, bukankah akan menimbulkan konflik? "Tindakan segera perlu diambil kerana bimbang akan menjejaskan mutu pendidikan keseluruhannya," katanya sambil meminta pihak berkenaan mencari penyelesaian terbaik bagi mengatasi kemelut itu.
Ditanya adakah rungutan itu disebabkan guru sudah lama dalam zon selesa, beliau berkata golongan itu boleh menerima perubahan namun perlu ada batasan dan mekanisme tertentu bagi menanganinya.
"Guru boleh menerima perubahan malah sedar tanggungjawab dipikul semakin berat tapi perlu ada tolak ansur. Mereka juga ada tanggungjawab lain perlu dipenuhi seperti keluarga.
"Masyarakat juga harus memberi sokongan dan bersama menggembleng tanggungjawab. Jangan lepaskan sepenuhnya pada guru kerana tidak adil," katanya.
Bagi mengatasi kemelut itu, beliau mencadangkan penyusunan semula tugas pekeranian sedia ada hingga tidak mengganggu tugas hakiki guru selain menambah lagi pembantu guru bertaraf kerani.
Bilangan pelajar turut perlu dikurangkan supaya guru tidak terbeban dalam mengemaskini data peribadi selain menerapkan peranan alumni untuk memberi pembelajaran berbeza berdasarkan pengalaman pekerjaan.
"Konflik perlu diatasi secara berhemah supaya semua pihak mendapat manfaatnya. Penyelesaian bukan sekadar jangka pendek tapi berpanjangan demi kebaikan generasi seterusnya.
"Menjadi guru bukan mudah namun kerjaya itu sangat mulia, perlu berlapang dada menerima apa jua cabaran manakala masyarakat juga jangan bersikap lepas tangan.
"Proses penjanaan ilmu tidak akan terhenti, justeru pelbagai pihak perlu mencari penyelesaian supaya konflik sedia ada dapat diatasi," katanya.
FAHAMI MEREKA...ambillah tahu mengenai kesukaran guru supaya mereka rasa dihargai.
PENUH DUGAAN...mengajar pelajar sudah cukup mencabar, guru tidak wajar dibebankan lagi dengan tugasan sampingan remeh sebaliknya fokus pada tanggungjawab hakiki.

Langgan:
Catatan (Atom)