Salam, agak lama juga The Collector tidak menulis pos baru. Buat masa ini The Collector masih bercuti di kampung halaman di Perlis. Kesempatan ini The Collector mengambil peluang menyelongkar rumah lama datuk. hasilya The Collector temui beberapa item yang sesuai untuk di paparkan. Untuk pos ini The Collector paparkan PENYATA TAHUNAN 1965, 1966 DAN 1967 bagi Syarikat Bekerjasama2 Jimat Chermat Dan Perniagaan Bagi Orang2 Melayu Perlis, Dengan Tanggongan Berhad. Syarikat ini ditubuhkan pada tahun 1965 dengan mottonya Satu Untok Ramai- Ramai Untok Satu . Ini ialah penyata kewangan yang pertama untuk mesyuarat agung yang pertama. Mesyuarat in diadakan dewan Sharikat Kangar pada hari Sabtu 27 Januari 1968 jam 10 pagi.
Muka hadapan dan muka belakangnya ditulis Rumi manakala penyatanya dibuat dalam tulisan Jawi. Dibelakang penyata ini tertera nama datuk The Collector dengan no ahlinya 116. Mengikut sumber, Sharikat ini sudah tidak ujud lagi. Begitulah perjuangan orang-orang kita dahulu untuk memajukan bangsa tanpa mengira perjuangan dan fahaman politik (ahli-ahlinya mengikut sumber terdiri 'cap keris' dan 'bulan putih'.) Begitulah Hidup Kita sekarang hendaknya........Boleh Gitu.........
Tiada ulasan:
Catat Ulasan