10 Mei 2010

THE COLLECTOR 2- KELIP-KELIP/KUNANG-KUNANG

KELIP-KELIP sejenis kumbang yang yang dianugerah Allah dengan keistimewaan menghasilkan cahaya.
Berasal dari famili lampiradea. Terdapat hampir 2000 spesies dan di Malaysia ia banyak terdapat di Kuala Selangor. Jangka hayatnya selama 30 hari sahaja.
Keistimewaan kelip-kelip ialah  cahaya yang dihasilkan tidak menghasilkan tenaga haba. Ia dihasilkan oleh tindak balas yang berlaku pada organ khas yang terletak pada bawah abdomen yang terbahagi kepada 3 bahagian

Lapisan dalam
Lapisan ini mengandungi sel-sel mikroskopik krystal yang mengandungi asid urik (uric acid) yang bertindak sebagai pemangkin
(reflectors).
Lapisan tengah
Lapisan ini kaya dengan saraf, mitokondrion dan trakeol yang berfungsi sebagai sel penghasilan cahaya.

Lapisan luar
Lapisan ini merupakan kulit lutcahaya yang bertindak sebagai kanta.
Berlainan dengan cahaya yang kita biasa nampak, cahaya yang dihasilkan oleh kelip-kelip tidak mengandungi infamerah ataupun ultraungu. Panjang gelombang, frekuensi kelipan, saiz dan paten cahaya yang dihasilkan pula bergantung kepada spesisnya.

Proses dan tidak balas penghasilan cahaya oleh kelip-kelip adalah seperti berikut :
Enzim Luciferase + Gas Oksigen + ATP + Luciferin ---> Cahaya

Keindahan kelip-kelip ini tidak boleh ditaksirkan dengan kamera dan foto. Ia hanya boleh dinikmati dengan pandangan sendiri.......SUBHANALLAH.
Kelip-kelip dapat menukar 100% tenaganya kepada cahaya. Manakala mentol hanya menukar 10% daripada tenaga elektrik kepada cahaya! 90% tenaga dibazirkan sebagai haba.

Apakah sebenarnya fungsi kelipan.....untuk menarik perhatian pasangan untuk mengawan.

kelip-kelip disangka api,
kalau api mana puntungnya;
hilang ghaib di sangka mati,
kalau mati mana kuburnya;
 Pantun Melayu




Hari ini 10 Mei 2010 Pos Malaysia mengeluarkan Sampul Surat Hari Pertama yang bertemakan Kelip-kelip. Para peminat F.D.C awal -awal lagi sudah ramai mengunjungi Pejabat Pos.......Aku?......kerja tapi aku dah pun tempah awal-awal lagi dengan kerani pos. Terima kasih Abang Bidin....dan hasilnya........SUBHANAALLAH  cantik nya ciptaan Allah. Allah Maha Kaya...Allahuakbar...







2 ulasan: