30 September 2010

DIBAWAH LINDUNGAN KAABAH


DI BAWAH LINDUNGAN KAABAH





Aku kembali  mengimbau kenangan membaca buku-buku lama karya Buya Hamka. Buku-bukunya kukira sesuai dibaca sepanjang zaman.  Membaca novel menjadi  minatku sejak  aku boleh membaca kerana itulah hiburanku. Rumahku tiada radio jauh sekali TV.  Novel-novel banyak aku perolehi dari  perpustakaan sekolah rendah  atau dipinjam dari kawan. Membelinya aku tak mampu.. Semua jenis novel aku baca…membaca karya Buya mengimbau kenanganku tahun-tahun 7oan….
Tajuk : Di Bawah Lindungan Kaabah
Pengarang : Prof Dr. Hamka
Penerbit : Pustaka Dini Sdn Bhd
ISBN : 978-983-9422-41-2
Mukasurat : 84 Halaman

Apa yang menarik dalam novel ini tentang perasaan cinta kasih dan sayang antara Hamid dan Zainab berteraskan agama, bersempadankan adat dan beza  darjat….. Paling aku suka bait-bait doa  Hamid di hadapan Kaabah pada tawaf yang terakhir sebelum beliau pulang ke Rahmatullah…

 Ya Rabbi, Ya tuhanku, Yang Maha Pengasih dan Penyayang. Bahawasnya di bawah lindungan Kaabah, Rumah Engkau yang Suci dan terpilih ini, saya menadah tangan memeohon kurnia.
Kepada siapakah saya akan pergi memohonampun, kalau bukan kepada Engkau, Ya Tuhan.
Tidak ada seutas tali pun tempat saya bergantung selain dari tali Engkau; tidak ada satu pintu yang saya  ketuk selain  daripada pintu Engkau.
Berilah kelapangan jalan buat saya untuk pulang ke hadirat Engkau, saya hendak menuruti orang-orang yang dahulu daripada saya, orang-orang yang bertali hidupnya dengan hidup saya.
“ Ya Rabbi , Engkaulah Yang Maha Kuasa, kepada Engkaulah kami sekalian akan kembali…”

Pada saat itu Hamid sedang sakit…selesai doanya kembalilah beliau ke Rahmatullah…….

CINTA TIDAK SEMESTINYA BERSATU……..



HAMKA lahir pada 17 Februari 1908 di Meninjau, Sumatera Barat dan meninggal dunia pada 24 Julai 1981 di Jakarta. Nama sebenar Hamka ialah Haji Abdul Malik bin Karim bin Amrullah. Beliau merupakan salah seorang tokoh pendakwah yang disegani di rantau Nusantara, juga seorang yang bijak dan mahir dalam bidang kesusasteraan, penulisan kreatif dan prolifik, seorang pujangga dan ahli falsafah Islam.
  Hamka adalah ulama nusantara yang telah berjaya mengangkat medium penulisan dakwah baik genre kreatif mahupun ilmiah. Pengaruhnya amat besar di kalangan masyarakat pada kurun ke 20 dan 21. Kini, lebih 20 tahun beliau meninggal dunia, jasa dan peninggalannya masih menjadi panduan masyarakat. Tidak hairanlah beliau telah meninggalkan banyak karya kerana motif penulisannya adalah cinta kepada Allah. Jelas Hamka dalam catatannya:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan